Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERTANDINGLAH DENGAN BIJAK DAN IKHLAS

Nak dapat undi cina - kena pilih mat sabu ?


albanjari | Kg. Milah
Ada blogger kata Dato' Tuan Ibrahim buat pusingan U. Atau dalam bahasa lalulintas disebut U-Turn. Bagi penulis, U-Turn itu bagus dan wajar. Macam mamat PAS naik motor tapi road-tax mampus, depan ada road block - nak terus jugak sambil kumat-kamit baca mantera dan doa? Kapunden jer duit habis bayar saman !

[..] Katanya, beliau sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasratnya yang lebih berminat mempertahankan jawatan naib presiden sekiranya menerima pencalonan mencukupi.

"Namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan timbalan presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang diterimanya bagi jawatan timbalan presiden.

Namun, katanya, ianya suatu jumlah yang "memerlukan saya memikirkannya semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan."

"Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja," tambahnya.

"Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama saya menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan," tambahnya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan beliau.

"Dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

"Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam," tegas Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Malaysiakini difahamkan Tuan Ibrahim memperolehi 39 pencalonan di belakang Mohamad Sabu (47) dan Nasharudddin (43).

Juga difahamkan kira-kira 15 kawasan lagi yang berhasrat untuk mencalonkan Tuan Ibrahim bagi jawatan timbalan tetapi tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab teknikal berkaitan dengan tarikh tutup.

Sekiranya, mereka sempat membuat pencalonan, maka Tuan Ibrahim akan memperolehi pencalonan tertinggi untuk bertanding jawatan nombor dua itu.

Penulis setuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh puakpas dimana beliau melihat kewajaran Dato' Tuan Ibrahim bertanding di level Timbalan Presiden adalah untuk memberi pilihan serta *membuka ruang pemilihan semakin melebar dan luas untuk ahli PAS memilih calon yang sesuai dengan matlamat dan dasar parti.

Pemilihan dalam PAS bukan bererti pemilihan di antara yang lemah di kalangan yang terlemah. Namun pemilihan untuk memilih yang terbaik di kalangan yang baik.

Sekarang ahli PAS akan membuat pilihan ketiga, di antara dua calon terbaik. Ahli juga boleh menggunakan peluang untuk menukar selesa kepada calon baru setelah memilih salah satu calon lama dalam pemilihan lepas.

Jawatan Tim Presiden adalah hak ahli PAS, tiada siapa pun yang boleh mendakwa bahawa jawatan Tim. Presiden adalah hak mereka. Sesiapa yang terpilih, maka pilihan tersebut adalah keputusan ahli PAS pada keseluruhannya.

Sekiranya berlaku pengunduran oleh Ustaz Nasaruddin daripada jawatan yang disandangnya adalah suatu keberanian sebagai seorang pejuang yang ikhlas. Kerana tidak semua manusia sanggup melepaskan jawatan hanya untuk memelihara masa depan parti. 

Kita tidak membuat sangka buruk bahawa terdapat pakatan untuk menafikan hak seseorang untuk dipilih perwakilan. Ini disebabkan seorang yang hebat dan kuat, tida nilai kehebatan dan kekuatan jika dapat menundukkan yang lemah dan tidak bermaya. (penulis setuju dengan komenter puakpas di blog *cenangau-akhirnya-ust-tuan-ibrahim-buat-pusingan U)

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.