Media: Osama bin Laden meninggal dunia
TERKINI @ 12:22:30 PM 02-05-2011
May 02, 2011
WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi.
Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini.
Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia).
Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.
Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihberkuasa negara itu.Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.
Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.
Obama menggantikan Bush pada awal 2009.
Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.
Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.
Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.
Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian.
0 orang berkata:
Post a Comment