Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN HENTAM BN, TANDA AKAN TERSUNGKUR

Kristian : Menteri Persoal Umno,Bidas Utusan

SHAH ALAM 10 MEI : Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok menjadi pemimpin pertama parti komponen pertama Barisan Nasional mempersoalkan Umno dan membidas Utusan Malaysia atas keghairahan membawa agenda Melayu bersabit perlantikan Perdana Menteri dan Islam sebagai agama rasmi.

"Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen.

"Sekiranya Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, Cina atau India yang menjadi rakyat Malaysia boleh memenuhi peruntukan dalam Artikel 43 dalam perlembagaan, dia boleh menjadi perdana menteri di negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan.

Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut menyifatkan Utusan sebagai mencalar etika kewartawanan kerana menyiarkan dakwaan blogger kononnya sekumpulan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini. Dompok berkata, tindakan akhbar itu menggugat keamanan dan keharmonian negara ini.

 "Bagaimana sebuah akhbar kebangsaan, bukan hanya mencetak, tetapi mensensasikan tulisan penulis blog. Ini adalah kemuncak (sikap) tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Dompok, pengalaman peribadinya sebagai seorang Kristian menunjukkan majlis yang dimaksudkan oleh Utusan itu hanya untuk memohon kebaikan negara, pemimpin dan rakyatnya.

"Kedudukan Islam dijamin dalam perlembagaan dan diterima tanpa soal oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kepercayaan agama," katanya.

Sebaliknya, tambah Bernard, apa yang orang bukan Islam mahukan adalah kebebasan untuk mengamalkan ajaran masing-masing dengan aman.TVS

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.