Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MACAMLAH ROYALTY TUH BAPAK VETERAN UMNO YANG PUNYA

Mangsa dipukul veteran Umno tak serik tuntut royalti

KOTA BHARU, 18 Mei: Mangsa yang dipukul veteran Umno Jumaat lalu, Hisyamuddin Ghazali tidak serik meneruskan perjuangan menuntut royalti minyak.

Beliau yang juga Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) berkata, biar pun dipukul samseng upahan Umno, namun beliau tidak serik meneruskan perjuangan rakyat Kelantan menuntut royalti.

”Sehari selepas kejadian saya dan rakan-rakan menaikkan banner lagi. Saya semakin bersemangat dan tambah berkobar-kobar,” katanya di sini.

Pada kejadian Jumaat lalu seorang lelaki tua dipercayai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) memukul Hisyam ketika sedang memasang sepanduk tuntutan royalti minyak di pagar Masjid Kampung Sireh.

Beliau ditempeleng secara tiba-tiba lelaki terbabit berusia lewat 50-an sehingga terjatuh, dan selepas itu ditempeleng lagi kali kedua. Lelaki berkenaan dipercayai tinggal berdekatan turut menolak ibu Hisyam ketika datang memberi bantuan.

“Saya masih cam lagi lelaki tua itu. Saya sempat rakam aksinya dengan bertindak ganas secara tiba-tiba ketika saya sedang mengantung sepanduk menuntut royalti minyak.

”Walaupun kesan akibat pukulan hari itu sudah hilang namun telinga saya masih terasa berdesing. Saya juga kesal sehingga ke hari lelaki tua itu masih bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan biar pun laporan polis dibuat,” katanya. Beliau juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki tua itu.

Ekoran kejadian Hisyam bersama Pengerusi Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan jawatankuasannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa. Beliau juga mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas kejadian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.