Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MATLAMAT PERJUANGAN PAS JELAS


NUSAJAYA: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, menegaskan, perjuangan PAS tidak pernah berubah daripada matlamat asal untuk mendidik serta mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhi kejahatan dalam setiap aspek kehidupan termasuk dalam urusan berpolitik. 

Sebab itu walaupun PAS kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tempoh hari, namun PAS tidak sekali-kali menjadikan kekalahan ini sebagai alasan untuk tidak meneruskan perjuangan menyampaikan risalah Islam kepada rakyat kerana itu adalah matlamat asal perjuangan PAS.

"Perjuangan perlu diteruskan kerana apa yang paling penting bagi kita, sejauh mana risalah Islam ini sampai ke dalam masyarakat, inilah sebenarnya definisi politik PAS yang perlu difahami oleh setiap pendokong perjuangan Islam,î katanya di sini, baru-baru ini. 

Menurut beliau, walaupun PAS tidak menang walau satu kerusi pun pada PRN tersebut namun PAS tidak pernah kecewa atau putus asa, perjuangan akan tetap diteruskan pada masa-masa akan datang sehingga kejayaan sebenar dicapai.

"Kalau tidak menang pada PRN kali ini, kita akan bertanding pula di Kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dan jika gagal juga kita akan cuba lagi pada PRU Ke-14 kelak," jelas beliau ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Gelang Patah kali Ke-16, di sini, 24 April lalu. 

Hadir sama pada majlis ini Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat, Ketua Angkatan Muda KeADILan negeri, Mohd Nazri Ismail, Yang Dipertua (YDP) PAS Gelang Patah, Dzulkifly Ahmad serta wakil-wakil DAP dan KeADILan kawasan tersebut. 

Selain Dzulkifly yang dilantik semula menerajui PAS Gelang Patah bagi sesi 2011-2013, turut dipilih semula Timbalan YDP, Ustaz Salehuddin Mohd Dahiran dan Naib YDP, Musa Abdul Wahab. 

Anggota Parlimen Bachok ini menambah, perjuangan PAS adalah perjuangan yang tidak pernah mengenal erti kalah namun apa yang penting sejauh mana definisi politik PAS yang berpegang dengan ajaran Islam yang murni ini berjaya diterjemahkan dalam masyarakat secara total. 

"Inilah sebenarnya definisi politik PAS yang sama sekali berbeza dengan Umno-BN, mereka tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan mereka, justeru tidak hairanlah pemimpin-pemimpin mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati dan selera mereka, langsung tidak mengambil kira sama ada tindakan mereka ini betul atau salah di sisi Islam.

"Apabila membelakangkan ajaran Islam maka berlakulah tindakan-tindakan yang tidak bermoral seperti amalan rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan yang menimbulkan kesan tidak baik kepada rakyat dan negara ini," jelasnya. 

Sehubungan itu tegas beliau, menjadi tanggungjawab pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat di semua peringkat untuk memberitahu rakyat supaya menolak pemimpin yang gagal melaksanakan amanah rakyat untuk mentadbir negara ini dengan adil dan saksama.

"Umno-BN sudah diberi peluang yang cukup lama untuk mentadbir negara ini namun mereka telah gagal melaksanakan amanah rakyat ini dengan baik, oleh kerana itu mereka memang selayaknya diturunkan daripada takhta kuasa yang selama ini digunakan hanya untuk kepentingan peribadi mereka bukan untuk kepentingan seluruh rakyat," tegas beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.