Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENARIKAN DIRI MUSA BERTANDING JAWATAN TIM PRESIDEN MELEGAKAN PELUANG MAT SABU

Exco kerajaan Kelantan Dato Husam Musa hari ini membuat pengumuman mengejut bahawa beliau akan bertanding jawatan naib presiden PAS yang pernah disandangnya sebelum ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil setelah menimbangkan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menukar fikiran dengan menawarkan diri ke jawatan nombor dua dalam PAS.

pas muktamar nasharuddin win post 060609 husam pc 01"Saya berpandukan pandangan PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, terutama di atas pandangan perlunya seorang wakil dari Kelantan untuk menduduki peringkat jawatan yang lebih tinggi dalam parti," katanya.

Dengan keputusan itu, dijangkakan berlaku pertembungan sehingga lima penjuru untuk jawatan itu.

Selain penyandang -- Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub -- turut mengesahkan bertanding Ketua Penerangan Idris Ahmad.

Manakala bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula difahamkan berminat turut serta tetapi belum menyatakan kesediaannya.

Seramai 14 orang layak bertanding jawatan itu setelah melepasi dua percalonan minimum daripada PAS kawasan.

Dalam kenyataan hari ini, Husam menjelaskan, pada mulanya beliau hanya berminat bertanding jawatan anggota jawatankuasa sahaja kerana tidak mahu mengganggu prestasi dan halatuju naib presiden sedia ada.

Kelantan tapak PAS

Bagaimanapun, tindakan Tuan Ibrahim bertanding di peringkat lebih tinggi dilihat membuka peluang Husam apabila tinggal dua sahaja penyandang naib presiden yang mempertahankan kerusi.

Husam yang juga anak jati Kelantan berkata, wakil daripada negeri Cik Siti Wan Kembang itu perlu, bertepatan dengan kedudukannya sebagai "tapak utama PAS" pada waktu ini.

pas muktamar nasharuddin win post 060609Bercakap soal wawasannya dalam parti, Husam berkata, beliau percaya dasar PAS untuk menjalinkan kepimpinan ulama dan profesional yang telah terjalin perlu terus diperkukuhkan.

"Oleh itu atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri, dengan ini mengumumkan untuk menerima pencalonan jawatan naib presiden PAS pada pemilihan saf kepimpinan PAS dalam muktamar tahunan ke-57 ini," katanya.

Husam sebelum ini pernah menjawat jawatan selama duan penggal daripada tahun 2005 hingga 2009.

Dalam pemilihan sebelum ini beliau mengosongkan kerusi itu untuk bertanding di peringkat timbalan tetapi tewas di tangan Nasharudin Mat Isa dalam pertandingan tiga penjuru dengan bekas naib presiden Mohamad Sabu.

Beliau kali ini difahamkan mencapai kata sepakat dengan Mohamad bagi memberikan laluan kepada Mohamad mencabar Nasharudin dalam pertembungan dua penjuru untuk kerusi timbalan.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.