Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pencuuuuuuuriii !!!

PAS dakwa Umno 'pencuri jerit pencuri'

Norsyafinas Ahmad Sukri
Mei 23, 11
3:56pm

Tuduh menuduh antara dua parti Melayu terbesar berhubung isu "pengkhianat Melayu" berterusan
apabila kedua-dua pihak - PAS dan Umno - terus mengkritik satu sama lain.

Terbaru, sebagai menjawab dakwaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dilaporkan mendakwa
bahawa hanya Umno pembela Melayu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menyifatkan tindakan itu
sebagai "strategi pencuri menjerit pencuri".

pas muktamar 130610 idris ahmad"Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri
menjerit pencuri, (bertujuan) supaya orang Melayu emosi untuk terus
menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti
serigala menjaga kambing," katanya.

Pada 14 Mei lalu, Khairy dilaporkan berkata, sejak penubuhannya, Umno
menjadi satu-satunya parti yang komited membela nasib bangsa selain
sentiasa berusaha keras dalam menyatupadukan kaum Melayu.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Idris juga menyenaraikan kembali
sepuluh sebab bagi membuktikan dakwaannya bahawa parti Umno gagal
membela orang Melayu .

Umno antaranya, dakwa Idris, menggunakan konsep “Umno Putera”,
'menafikan' royalti kepada rakyat Kelantan yang rata-rata Melayu dan 'menggadai' tanah rezab
Melayu sehingga 1.3 juta hektar.

Sementara itu, beliau juga menolak tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecahbelahkan
perpaduan Melayu sejak penubuhannya lama dahulu.

Sebaliknya, penubuhan Umno didakwa menyebabkan Melayu berpecah sebelum penubuhannya,
sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.