Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

QUATERS GURU JADI RUMAH HANTU

Bukan Kuarters Hantu, Tapi Kuarters Hantu Duit

 

View Image

Kira-kira 3,000 unit kuarters guru, khususnya di luar bandar di seluruh negara dikatakan terbiar begitu saja kerana tidak didiami oleh guru yang bertugas di kawasan berkenaan atas pelbagai faktor termasuk lokasinya yang tidak sesuai dan tidak diselenggara dengan sempurna.
Ada sesetengahnya semakin usang kerana tidak didiami dan kelihatan umpama ‘rumah berhantu’ jika dilihat dari luar. Ramai guru dikatakan enggan mendiami kuarters berkenaan kerana lokasinya yang terletak di luar bandar, jauh dari kemudahan awam dan sunyi.

Sebenarnya membuat projek kerana ingin mendapatkan duit projek semata-mata. Juga projek untuk diberikan kepada kroni tanpa penelitian dan perancangan teliti. Kalau buat, adalah duit percuma yang diperolehi.

Sebagai contoh, blok kuarters di SMK Redang Panjang, Ijok, Perak. Setiap blok hanya didiami satu dan dua keluarga, selebihnya menunggu rosak. Terdapat 5 blok, paling kurang 100 keluarga dapat mendiaminya. Sekolah-sekolah lain juga jauh dan mempunyai kuarters sendiri. Bayangkan di situ boleh didirikan kuarters sebanyak itu. Apa tujuannya!! Kena tanya hantu-hantu.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.