Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TOH PUAN RAHAH: NAJIB ANAK TA'AT !

View Image

NAJIB ANAK TA'AT ! SURUH BELAJAR DIA BELAJAR ! SURUH MAIN DIA MAIN ! SURUH NGAJI DIA TAK MAHU !

Tun Rahah Mohd Noah, ibu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata anak sulungnya itu adalah anak yang taat dan sentiasa mendengar nasihat.

"Budak yang baik dari kecil, suruh belajar dia belajar...main dia main, tak perlu suruh-suruh. Dengar cakap," katanya.

Tun Rahah berkata, sebagai seorang ibu, beliau sentiasa menunaikan solat tahajud untuk mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anaknya dan supaya Najib menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai Perdana Menteri.

Sedikit malu ketika menjawab soalan pemberita selepas majlis perasmian pameran "Kasihnya Ibu", Tun Rahah berkata, Najib memanggilnya "mummy" dan sentiasa menghubunginya walaupun anaknya itu sibuk dengan urusan kerja.

Tun Rahah, isteri Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, kini meluangkan banyak masa mengikuti kelas dan syarahan agama bersama rakan-rakannya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata peranan Tun Rahah sebagai seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya perlu dicontohi.

Katanya, Tun Rahah adalah lambang wanita Malaysia yang mempunyai kekuatan dalaman dan juga pegangan dan prinsip hidup yang terpuji.

"Dahulu adalah seorang isteri Perdana Menteri, kini berjaya mendidik anak sehingga menjadi seorang Perdana Menteri," katanya.

1 orang berkata:

dinkoi said...

Toh Puan yang melahirkan dan membesarkanya. Nasihat laaaa dia agar tinggalkan jawatan tu. Banyak sangat kerosakan yang dia buat. Kami rakyat amat sengsara.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.