PKR: Terbukti polis, tentera diperkuda Umno pilih calon
December 01, 2011
KUALA LUMPUR, 1 Dis ― Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam bahawa polis dan tentera terlibat proses pemilihan calon bagi pihak parti itu membuktikan kedua-dua sayap keselamatan tidak bertindak bebas, kata seorang pemimpin PKR hari ini.Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan dan pengakuan Khairy adalah sesuatu yang serius dan Polis Diraja Malaysia seharusnya bebas dan menjadi pelaksanan undang -undang yang bebas.
Semalam, pada ucapan penggulungan Persidangan Agung Tahunan Pemuda Umno, Khairy mengingatkan anggota Umno khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai “calon boleh menang.”
Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.
“Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini,” katanya.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi dan bukan hanya daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), cawangan khas polis dan perisikan tentera serta Kemas, kata Khairy.
Bagaimanapun Khairy berkata: “Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden.”
“Angkatan tentera seharusnya tidak terlibat dalam politik kepartian. Malangnya dengan pengakuan ini ternyata polis dan tentera diperkudakan sebagai jentera politik Umno,” kata Badrul Hisham dalam satu kenyataan.
Ketua cabang Rembau itu yang mesra dikenali “Chegubard” berkata pegawai-pegawai tertinggi polis dan Angkatan Tentera Malaysia perlu tampil menjawab kenyataan itu.
“Jika ini benar maka negara benar-benar dalam masalah. Sistem negara telah hancur dengan dua elemen penting jugu telah hancur ditunggang kepentingan politik Umno,” katanya lagi.
Badrul Hisham yang menyaingi Khairy di kerusi Parlimen Rembau tiga tahun lalu berkata, kenyataan wakil rakyat itu juga satu penghinaan apabila dengan angkuh Ketua Pemuda Umno sendiri memperakui perkara ini secara terbuka dengan bangga memperakui parti itu memperkudakan dua agensi penting negara.
“Satu lagi yang perlu diberikan perhatian dari kenyataan Khairy ini ialah pengakuan beliau mengenai betapa (Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi menggunakan kedudukan selaku Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan salah guna kuasa mengagihkan kad kredit untuk mengekalkan pengaruh dalam pemuda ketika menjadi Ketua Pemuda Umno.
“Zahid Hamidi harus tampil memberikan penjelasan. Jika ini benar, berapa pula hutang lupus yang melibatkan pinjaman mahupun kad kredit kepada golongan tertentu ketika beliau menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional,” katanya lagi.
Zahid yang kini Menteri Pertahanan merupakan bekas ketua Pemuda Umno. Kata Badrul Hisham, dengan kenyataan Khairy sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh memulakan tindakan.
“Kepada rakyat kenyataan ini harus diambil serius menggambarkan kemusnahan sistem yang telah dilakukan oleh Umno,” katanya lagi.
KUALA LUMPUR, 1 Dis ― Di sebalik spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan ahli-ahli Umno agar taat dan setia kepada parti, dan sama sekali 

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
1 Dis — Lebih seminggu lalu, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal dipanggil dalam waktu terdekat, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melontarkan idea - urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah “dan mengindahkan” jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.
KUALA LUMPUR, 30 Nov - Ketua
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggariskan tujuh langkah yang perlu dilakukan pergerakan itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya jentera UMNO bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang disifatkan sebagai ‘luar biasa’ dengan tindakan ‘luar biasa’. DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Najib sebagai bahaya kerana boleh disalahtafsir oleh pelbagai pihak, memandangkan beliau adalah Perdana Menteri dan mempunyai kuasa di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri [PM] Cetek Pemikiran
Para Artis Diseru Berhijrah
no bersidang sebelum PRU ke 13 diumumkan dan juga sebelum Umno bakal bertukar menjadi Pembangkang di negara ini, InsyaAllah. Sebenarnya parti ini sedang bergelut dengan `nyawa'nya memandangkan sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu terhadap parti tersebut semakin terhakis
kan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau.
Pemuda yang ada pada hari ini, seperti mereka yang terdahulu, tidak mungkin lari dari medan perang. Kita tahu betapa pentingnya perjuangan ini demi masa hadapan anak bangsa. Saya yakin dan percaya setiap ahli Pemuda yang ada pada hari ini takkan gentar untuk menghadapi armada perang musuh dan berjuang bersama-sama pucuk pimpinan. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Biar patah dahan berpaut, biar retak lantai berpijak, musuh datang pemuda tak takut, apa dugaan takkan berganjak.

