Umno hancur jika enggan terima ‘game changer’, kata Najib
TERKINI @ 12:59:09 PM 01-12-2011
December 01, 2011
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Datuk Seri Najib Razak, presiden Umno yang ketujuh, hari ini memberi amaran parti itu akan menempah tragedi dalam arena politik jika gagal menghayati ‘game changer’ atau peneraju cara gaya baru dalam persekitaran semasa.
Najib menegaskan keperluan itu ketika parti teras Barisan Nasional (BN) itu berhadapan dengan situasi kritikal mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13, selepas hilang majoriti dua pertiga kerusi Parlimen dan lima kerajaan negeri tiga tahun lalu.
Dengan menggariskan lima keperluan susulan kepada kemajuan sebelum ini, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, ahli-ahli Umno mesti insaf dan jika masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi ‘game changer’ atau peneraju cara gaya baru kepada landskap politik nasional dan tidak pula mengambil langkah merangka semula ‘game plan’ yakni gerakan terancang, “maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.”
“Apakah yang dimaksudkan dengan ‘game changer’ ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika Umno tidak memahami realiti baru landskap politik nasional, bagaimana Umno dan BN mahu berjaya?
“Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan,” kata beliau sambil menambah, “ia berupaya mendatarkan ‘the playing field’ atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara.”
Oleh itu tegas beliau, orang Umno wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.
Kata Najib, memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, Umno selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, “kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.”
“Ketiga, Umno juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka.
“Umno tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita,” katanya lagi dalam ucapan dasar bertemakan “Umno Menjuarai Transformasi” pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 hari ini.
Beliau juga memberitahu bahawa selama hampir enam dekad, Umno telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan.
“Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.
“Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma’ dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata “kita tukar jadi negara kebajikan”. Pening dan keliru rakyat dibuatnya,” kata beliau dengan merujuk kepada PAS, DAP dan PKR.
Jelas Najib, sebagai ‘game changer’ yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam.
“Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu,” katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment