di bawah BN berbanding PR
- suara Melayu Islam dalam BN 12%, dalam PR 67%
KUALA TERENGGANU - Suara politik orang Melayu Islam 'semakin hilang' di bawah pemerintahan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) berada di tengah-tengah “bahaya”.
Malah, ahli dan penyokong Umno-BN sendiri tidak mengetahui bahawa peratusan suara Melayu Islam dalam BN hanya 14 peratus berbanding 86 peratus bukan Melayu Islam.
Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad berkata dalam Pakatan Rakyat sebenarnya suara politik Melayu Islam lebih terbela berbanding dengan BN.
Menurutnya, Pakatan Rakyat yang terdiri dari komponen tiga parti besar iaitu PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP.
“Dalam Pakatan Rakyat ada tiga komponen parti yang besar dan dua daripadanya dipimpin oleh orang Melayu Islam (PAS dan PKR) dan satu parti dipimpin oleh bukan Melayu dan bukan Islam (DAP).
“Realitinya, dari segi peratus ialah 67 peratus suara Melayu Islam berbanding 33 peratus sahaja suara bukan Islam dalam Pakatan Rakyat,” jelasnya ketika membentangkan isu-isu nasional pada Seminar Gempur Penerangan PAS Terengganu, di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, 26 November lalu.
Katanya, rakyat dikelirukan konon suara Melayu Islam lebih terbela di bawah Umno dalam kerajaan Barisan Nasional.
Hakikatnya, kata beliau hanya terdapat dua sahaja suara orang Melayu Islam dalam BN iaitu Umno dan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Rakyat Sarawak (PBB).
“Dalam komponen Barisan Nasional ada dua sahaja suara orang Melayu iaitu Umno dan Parti Pesaka Bumiputra BersatuRakyat Saraw (PBB).
“Suara bukan Melayu pula sebanyak 12 buah parti yang terdiri dari Malaysian Chinese Association (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), People's Progressive Party (PPP).
“Parti Rakyat Sarawak (PRS), Sarawak People's Democratic Party (SPDP), Sarawak United People's Party (SUPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) United Pasokmomugon Kadazandusun Organisation (UPKO), Liberal Democratic Party (LDP) dan Indian Progressive Front (IPF).
“Jika ada orang mengatakan bahayanya Melayu Islam dalam Pakatan Rakyat, kita nyatakan bahawa suara Melayu dan suara Islam hari ini ‘ditengah-tengah’ bahaya dalam Barisan Nasional,” tegasnya.
Oleh itu, katanya dalam BN hanya ada dua sahaja suara Melayu berbanding dengan 12 suara bukan Melayu dan bukan Islam.
Menurutnya, jika dipecahkan mengikut peratusan didapati bahawa sebanyak 86 peratus suara bukan Melayu Islam berbanding hanya 14 peratus suara Melayu Islam.
Katanya, jika ada orang mengatakan bahayanya Melayu Islam dalam Pakatan Rakyat, kita nyatakan bahawa suara Melayu dan suara Islam hari ini ‘ditengah-tengah’ bahaya dalam Barisan Nasional.
Sehubungan itu, Ustaz Suhaimi menjelaskan Umno telah membohongi rakyat kononnya Umno dan PBB menguasai 12 parti komponen lain dalam BN.
Menurutnya, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1990 di Pulau Pinang ‘bukti’ kegagalan Umno menguasai parti-parti lain.
“Jika mereka kata dua (Umno dan PBB) ini menguasai 12, kita katakan “bohong”. Sebab buktinya, pilihan raya 1990 parti Umno menang 12 kerusi di Pulau Pinang dan Parti Gerakan menang enam kerusi.
“DAP waktu itu menang 12 kerusi tahun 1990. Umno atas nama Barisan Nasional dicampur dengan Parti Gerakan, dia jadi 18 kerusi.
“Sepatutnya, jawatan Ketua Menteri di Pulau Pinang diterajui oleh Umno sebab dapat 12 kerusi tetapi diberikan kepada Parti Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon,
ujarnya.
Hari ini, katanya di Pulau Pinang Parti Gerakan kalah disemua kerusi dan Umno menang 11 kerusi. Umno hanya dapat Ketua Pembangkang tetapi yang jadi Ketua BN di Pulau Pinang masih lagi Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Menurutnya, jika Pakatan Rakyat memerintah kerusi orang Melayu akan bertambah di Parlimen berbanding tahun 2008.
“Jika ada orang kata, Pakatan Rakyat memerintah akan merugikan orang Melayu, fakta itu adalah tidak benar dan bohong belaka.
“Sebenarnya, kerusi orang Melayu makin bertambah jika Pakatan Rakyat menang dan sebaliknya, kerusi orang Melayu “hilang” di tempat yang BN menang,” ujarnya.
Katanya, kajian ahli akademik mendapati data dan statistik menunjukkan terdapat 17 lagi kerusi Parlimen bakal dikuasai Pakatan Rakyat.
Menurutnya, jika Pakatan Rakyat menang di parlimen tersebut kerusi orang Melayu Islam akan bertambah dua tiga kali ganda dari jumlah yang ada sekarang.
Seminar penerangan tersebut dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man serta dihadiri hampir 500 petugas parti.

0 orang berkata:
Post a Comment