Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENTERI DAN TIM MENTERI YANG COMOT AKHLAK BAGAIMANA ? LAYAK ?

Umno susun kriteria, mencari calon paling sesuai

November 24, 2011
24 Nov ― Siapakah yang sebenarnya layak jadi calon? Ini yang menjadi persoalan kerana kriteria pemilihan calon berubah mengikut tempat.

Ada ketua bahagian bertanya kenapa dia tak layak jadi calon sedangkan dia popular di bahagian dan dia pun ada kelulusan.
Populariti seseorang ketua bahagian amat subjektif.

Ada yang popular kerana wang. Mereka menang jawatan kerana membeli undi para perwakilan. Justeru itu populariti seperti ini tidak semestinya boleh menang dalam pilihan raya. Sebaliknya jika mereka menang kerana mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira waktu, orang seperti ini boleh menang bila dipilih sebagai calon.

Menurut Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan (gambar), pemilihan calon bergantung kepada keadaan setempat.

Sebagai contoh kata beliau, ada kawasan yang memerlukan lulusan universiti jadi calon dan ada pula kawasan hanya perlu calon kelulusan SPM sahaja.

“Ia bergantung kepada tempat. Sebab itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, BN menonjolkan calon yang tidak ada kelulusan ijazah kerana kita mahu orang yang sudah dikenali rakyat tempatan yang sudah berkhidmat kepada mereka,” jelasnya ketika ditemui dalam sidang akhbar di ibu pejabat Umno minggu lepas.


Di Galas, calon BN Ab Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed dengan majoriti 1,190 undi. Beliau yang juga Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang mendapat 5,324 undi manakala calon PAS mendapat 4,134 undi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata ada juga yang jadi calon kerana pengaruh bapanya seperti di DUN Tenang, BN pilih seorang Penolong Pegawai Daerah yang merupakan bekas anak Ketua Bahagian.

Di Tenang, calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi. Beliau memungut 6,699 undi manakala calon PAS, Normala Sudirman mendapat 2,992 undi.

“Kami berpendapat memilih beliau sebagai calon lebih mudah buat kerja kerana rakyat masih ingat jasa ayahnya (Datuk Ibrahim Daud) yang juga bekas wakil rakyat,” katanya lagi.

Begitu juga di Parlimen Batu Sapi. Isteri bekas wakil rakyat, Tsen Thau Lin dipilih sebagai calon menggantikan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.

“Pada pilihan raya kecil kami tidak sempat memperkenalkan calon baru. Jadi isteri bekas wakil rakyat lebih mudah untuk menang daripada mengambil calon baru yang tidak dikenali rakyat,” katanya.

Ahmad menambah sebab itu semua pilihan raya kecil di zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, BN menang kerana BN dengar pandangan rakyat.

Dalam satu pertemuan yang dengan beliau di pejabatnya di PWTC, Ahmad berkata calon boleh menang telah dijelaskan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

“Apabila Perdana Menteri telah menetapkan siapa calon, sebagai ahli parti , kita kenalah bekerja memenangkan calon yang dipilih itu. Beliau mempunyai pelbagai sumber maklumat untuk memilih calon yang terbaik.

“Oleh itu kita kena akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan,” kata beliau.
Adakah kriteria pemilihan calon pada pilihan raya umum berbeza dari pemilihan calon pilihanraya kecil?

Bekas setiausaha kerja Umno Datuk Nasaruddin Alang Saidin ketika ditemui di PWTC berkata calon yang dipilih hendaklah bersih dari sebarang kontroversi.

“Setiap calon hendaklah mempunyai pakej yang lengkap dari segi peribadi supaya BN tidak ditembak masa berkempen. Kalau BN mahu letak calon luar, rundingan hendaklah dibuat dengan bahagian terlebih awal supaya tidak berlaku sabotaj,”katanya lagi.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit menjelaskan ahli Umno hendaklah berjiwa besar jika tidak dipilih sebagai calon.

“Jangan mudah kecewa bila tidak dipilih sebagai calon. Nama saya pernah digugurkan sebagai timbalan menteri di saat-saat akhir tetapi saya menerima keputusan pucuk pimpinan dengan tenang dan saya tidak memberontak,” katanya lagi.

Bagi penganalisis politik, Dr Kadir Jaafar dari Universiti Malaysia Sabah, seseorang yang mahu jadi calon perlu jujur, amanah, mesra rakyat, bersih dari rasuah, ada karisma dan ketokohan.

“Selain itu, bakal calon hendaklah diterima oleh semua kaum. Namun, dia perlu ada pengetahuan agama yang mendalam supaya dia tidak terlibat dalam sebarang skandal dan calon tempatan hendaklah diutamakan,” kata beliau yang menulis buku politik Bermula atau Berakhir 1 Legasi.

Cara pemilihan calon tetap sama di mana BN biasanya mendapat laporan dari Cawangan Khas, Pejabat Risikan Tentera, Kemas, Jasa dan Badan Perhubungan Umno negeri yang memberi laporan kepada Presiden parti siapa yang layak bertanding di semua kawasan DUN dan Parlimen.

Najib selaku Pengerusi BN biasanya akan berbincang dengan timbalannya siapa yang wajar dipilih sebagai calon.

Kadangkala laporan jabatan kerajaan tidak boleh diguna pakai kerana ada agensi yang mudah dibeli. Mereka akan buat laporan yang elok tentang bakal calon kerana sudah dirasuah. Sebab itu, Pengerusi BN menghantar pegawainya sendiri turun padang di kedai-kedai kopi meninjau pendapat orang ramai siapa yang layak jadi calon. Pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini tidak dikenali orang ramai. Mereka buat laporan jujur kepada Perdana Menteri tanpa sebarang keraguan.

Sering menjadi amalan Pengerusi Perhubungan yang juga Menteri Besar mahu orangnya menjadi calon. Maka, Perdana Menteri akan merujuk kepada laporan pegawai JPM yang dihantar ke padang sama ada calon yang ditonjolkan oleh Menteri Besar itu sesuai dijadikan calon atau tidak.

Memilih calon bagi pilihan raya umum ke-13 ini bukannya mudah. Walaupun bakal calon ditapis ketat oleh agensi kerajaan supaya mereka bukanlah orang muflis atau ada rekod jenayah kadangkala ia terlepas juga seperti mana berlaku pada pilihan raya kecil Pematang Pasir di mana calon BN, Rohaizat Othman dikatakan ada kes pecah amanah ketika beliau menjadi peguam. Ini menyebabkan calon BN itu kalah teruk pada calon PAS, Mohd Salleh Man dengan majoriti 4,551 undi. Mohd Salleh mendapat 9,618 undi manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, seseorang calon BN itu mestilah bukan sahaja bersih, malah kelihatan bersih. Mereka hendaklah terdiri daripada orang yang tiada rekod jenayah, tiada skandal seks kerana bila jadi calon parti lawan akan mengorek kelemahan calon yang bertanding.

Najib sering menyebut calon boleh menang yang akan ditonjolkan sebagai calon BN. Tidak semestinya orang yang ada kelulusan boleh menang, kerana rakyat memerlukan calon yang bekerja kuat untuk mereka dan bukannya calon yang mahu mengaut kekayaan. Baru sepenggal jadi wakil rakyat, sudah ada rumah baru bernilai jutaan ringgit yang membuatkan rakyat makin benci kepada BN.

Sebab itulah bagi orang yang mahu jadi calon sepatutnya turun padang menemui rakyat secara berterusan sejak tiga tahun lalu selepas pilihan raya umum 2008.

Bukannya bulan depan nak bubar parlimen, baru nak bergaul dengan rakyat dari sekarang. Jika BN pilih calon seperti ini alamatnya nahaslah BN. Sebab itu PAS walaupun kalah pada pilihan raya umum 2008, ia tetap konsisten menganjur ceramah dari dahulu hingga sekarang supaya rakyat mengenali bakal calon tempatan mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.