Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 29 November 2011

Ibu Khairol Fahmi (Apek) Rayu Jangan Aibkan Anaknya..

"KOTA BHARU: “Saya kenal siapa anak saya. Jangan cuba mengaibkan keluarga kami,” kata Bidah Ibrahim, 55, ibu penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau terkenal dengan panggilan Apek.

Bidah dalam nada sayu turut meminta pihak yang sengaja memburuk-burukkan imej anaknya berhenti melakukan perbuatan itu.

Ibu kepada lima anak itu kesal kerana menurutnya ada pihak tertentu sengaja mahu menjatuhkan reputasi anaknya yang semakin popular.

“Orang lain tidak boleh sewenang-wenangnya menilai peribadi Khairul Fahmi selepas pelbagai kontroversi yang timbul akibat penyebaran gambar dan kenyataan pihak tertentu di blog hiburan.

“Saya bukan mahu mempertahankan anak sendiri, tetapi saya tahu perangai dan sikapnya, malah dia (Khairul Fahmi) masih seperti dahulu.

“Tidak ada sebarang tanda dia berubah, malah dia selalu menghubungi keluarga meskipun sibuk dengan latihan. Setiap kali ada perlawanan, dia pasti menghubungi saya untuk memohon restu dan mendoakan kejayaannya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Khairul Fahmi sekali lagi dipalit kontroversi berikutan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan di internet.

Gambar yang dimuat naik di laman portal hiburan terbabit malam Sabtu lalu dilakukan individu tidak dikenali atau kemungkinan dilakukan sendiri gadis berkenaan dipercayai sebagai usaha menjatuhkan reputasi penjaga gol kebangsaan itu
.
Selain penyebaran lima keping gambar, dua paparan mesej menerusi Blackberry Messenger (BBM) turut dimuat naik menunjukkan komunikasi yang kononnya dilakukan mereka berdua.


Paparan mesej itu menyatakan Khairul Fahmi dan wanita berkenaan bergaduh disebabkan beberapa hal. Wanita itu juga mengugut mahu mendedahkan hubungan sulit mereka.

Menurut Bidah, dia kecewa dengan sikap pihak yang sengaja mengaibkan anaknya dengan menyebarkan gambar atau kenyataan berkenaan di Internet.

Katanya, sebagai ibu, dia sentiasa memberi nasihat kepada anaknya dan yakin anaknya itu tahu membezakan perkara buruk dan baik.

“Hati ibu mana tidak terguris jika anaknya diaibkan, malah saya kecewa kerana isu ini timbul ketika dia sedang berjuang mengharumkan nama negara. Bagaimanapun, keluarga tetap memberi semangat supaya dia tidak memikirkan masalah berkenaan ketika perlawanan.

“Anak saya baik dengan semua orang dan saya tidak tahu kenapa ada pihak tertentu seperti sengaja memburukkan dia dengan menimbulkan perkara sedemikian,” katanya.

Bidah berkata, Khairul Fahmi yang dipanggil ‘Pok Su’ di kalangan ahli keluarga, penyayang dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga ketika tidak menjalani latihan."

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.