Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MULUT MUHIDEN ANAK LELAKI YASIN JAHAT

UMNO SEBUAH PARTI YANG SUDAH TIDAK RELEVAN

Muhyiddin: Saya dan Umno bukan rasis, itu hanya tanggapan

November 26, 2011
PUTRAJAYA, 26 NovTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata orang Melayu dan bukan Melayu masih boleh mengharapkan Umno sebagai parti yang menjadi tunggak kerajaan dan pemerintah negara ini, dan bukannya sebuah parti rasis.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut menyangkal dakwaan sesetengah pihaknya kononnya Umno dan dirinya rasis kerana ia adalah satu tanggapan sahaja.

Kata beliau, apabila Umno membicarakan soal kepentingan Melayu, itu tidak bermakna parti teras Barisan Nasional (BN) ini bersikap rasis.

Sebagai pemimpin Umno, beliau mungkin agak prejudis tetapi parti-parti pembangkang sendiri dilihat bergelumang dengan kemelut politik dan tidak dapat mempertahankan dasar-dasar mereka sendiri.

“Apakah Melayu boleh berharap kepada PKR, boleh mengharapkan sesuatu daripada Anwar Ibrahim? Boleh mempertahankan prinsip-prinsip dalam perlembagaan, hak Melayu, raja Melayu, bahasa Melayu, ekonomi Melayu?

“Saya boleh jawab tidak kerana ini terbukti dalam banyak perkara mereka tak boleh memenuhi tuntutan Melayu itu sendiri, apa lagi mahu menyempurnakan hak masyarakat yang lain,” katanya pada sidang media khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011.

PAS pula, katanya sudah menjadi kacau-bilau dan lari daripada landasan perjuangan asal. “Dia bukan parti Islam, dia guna simbol saja Islam, tapi asas perjuangan hari ini dah lari daripada itu. Dari negara Islam dah jadi negara berkebajikan tapi tak ada kebajikan apa yang dibuat.

“Air kotor di Kelantan pun tak boleh selesai dan banyak isu lain. (Mereka) kompromi prinsip perjuangan kerana nak bersekongkol dengan DAP. Orang Melayu nak harap pada DAP?” katanya sinis.

Beliau berkata PAS dan DAP juga memang tidak sebulu dalam banyak hal seperti isu hudud sedangkan PAS mahu membantu orang Islam dan Melayu dan nyata kemampuan parti itu terbatas.

Muhyiddin (gambar) mengakui Umno ada kelemahan tetapi asas perjuangan dan pengisian parti boleh dinilai dengan sejarah dan rekod yang boleh digunakan sebagai perbandingan.

“Meletakkan harapan orang Melayu kepada parti selain Umno adalah sia-sia dan oleh itu anggota Umno perlu sedar orang Melayu masih hendakkan parti tapi ada kelemahan yang perlu perbaiki,” katanya.

Mengenai dakwaan rasis, Muhyiddin menempelak pihak pembangkang kerana sengaja menconteng arang kepada Umno dan dirinya dengan satu gambaran seolah-olah parti Melayu terbesar ini lebih cauvinis.

“Umno tidak membicarakan kepentingan soal kaum Melayu sahaja tetapi kita mengambil kira agenda Melayu yang masih panjang yang perlu kita selesaikan.

“Jadi bila kita membicarakan soal kepentingan Melayu, itu tidak bermakna kita bersikap rasis. Kerana kelompok terbesar dalam masyarakat Malaysia mahu tidak mahu diiktiraf adalah Melayu, bumiputera dan Islam,” katanya.

Muhyiddin menegaskan bahawa Umno gagal sekiranya gagal memanifestasikan hasrat, jiwa dan kehendak orang Melayu.

Mengenai anggapan sesetengah pihak gagasan 1Malaysia menyekat perjuangan hak Melayu, Muhyiddin berkata ia sebenarnya selari dengan tuntutan semasa.

“Ini untuk menjamin kelangsungan perjuangan negara dan dalam konteks ini kita tak boleh pisahkan perjuangan orang Melayu dengan perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan negara kita.

“Jadi bagi saya orang Melayu jangan terasa terabai, mungkin kalau timbul pun isunya ialah persepsi. Kita nak menangani soal politik pasca-2008 dan kita harus ambil kira apa perubahan cara berfikir bukan saja masyarakat Melayu tetapi masyarakat Malaysia,” katanya.

Katanya Umno cuba menyesuaikan dengan keadaan supaya tidak terlihat “terkebelakang” ataupun tidak selari dengan perkembangan semasa namun asas perjuangan untuk bela orang Melayu tidak pernah diletakkan di tempat kedua.

Muhyiddin berkata dalam senario sekarang, tanggungjawab pemimpin menjadi bertambah besar dan beliau sering mengingatkan supaya rakan dalam Kabinet, menteri dan pemimpin Umno supaya mengurangkan masa di pejabat dan turun padang.

Katanya kesan daripada turun padang berjumpa rakyat selama dua jam lebih baik daripada duduk di pejabat dalam tempoh yang sama.

Beliau berkata proses mendekati rakyat sedemikian perlu dilakukan secara berterusan di mana secara tidak langsung didapati bukan semua golongan muda tidak menyokong kerajaan dan Umno.

“Tidak ada pendekatan lebih baik selain bertemu rakyat dan berinteraksi dua atau tiga hala.
“Setakat ini kita boleh jawab semua (perkara) semasa bertemu pimpinan pelajar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan fakta-fakta yang ada,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

“Setakat ini kita boleh jawab semua (perkara) semasa bertemu pimpinan pelajar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan fakta-fakta yang ada,” katanya.

Boleh jawab semua.Mcam budak SPMlah, boleh jawab semua, tetapi? Kantoi!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.