Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BARU MUKADDIMAH !

300 protes RUU Perhimpunan Aman di taman KLCC

November 26, 2011
Teoh Lee Lan, kakak mendiang Beng Hock menyertai kempen memprotes Rang Undang-undang Perhimpunan Aman. ― Foto oleh Jack Ooi
 
KUALA LUMPUR, 26 Nov Sekitar 300 orang berhimpun di kawasan taman KLCC di sini petang ini membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dikecam banyak atas alasan mengekang lagi kebebasan rakyat. 
 
Kumpulan itu mengenakan kemeja-T dan membawa balon berwarna kuning serta bunga - yang simbolik kepada perhimpunan Bersih 2.0 empat bulan yang lalu, mempamerkan protes mereka terhadap rang undang-undang itu, yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua dua hari lalu.

Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan Wong Chin Huat.

Selain mereka turut hadir Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, rakan sejawatannya dari Segambut Lim Lip Eng, pemangku presiden Parti Makkal Sakti Malaysia A. Vathemurthy dan kakak mendiang Teoh Beng Hock, Lee Lian.

Kempen protes setengah jam itu dianjurkan oleh Freedom to Assemble Campaign iaitu sebuah gabungan 30 pertubuhan bukan kerajaan.

Sambil mengecam rang undang-undang itu, Wong berkata, adalah sesuatu yang mengarut apabila rakyat Malaysia yang hendak berhimpun perlu memaklumkan pihak polis 30 hari lebih awal.
Beliau berharap kerajaan akan mendengar suara majoriti rakyat Malaysia yang tidak memihak kepada syarat-syarat sedemikian.

Sementara itu, Maria berkata kerajaan seharusnya menggugurkan rang undang-undang ini, bukan setakat meminda peruntukan-peruntukan yang disyorkan.

“Rang undang-undang ini bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya lagi.
Protes aman ini berakhir sekitar 2.45 petang ekoran permintaan unit kawalan keselamatan KLCC agar bersurai.

Laporan media awal hari ini menyebut Kabinet yang mengadakan mesyuarat mingguan semalam memutuskan untuk mengkaji balik tujuh peruntukan dalam rang undang-undang itu.



 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.