Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MCA DAH DEKAT HANCUR,PATUT LA UMNO NGELABAH

Soi Lek nafi MCA gabung dengan komponen BN

November 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Nov Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menafikan khabar angin bahawa parti itu mengadakan perbincangan tentang kemungkinan penggabungan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain seperti Gerakan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar Oriental Daily, Dr Chua berkata: “Saya tidak mengatakan bahawa MCA sama sekali tidak akan bergabung dengan Gerakan, tetapi pada masa ini tiga parti komponen BN berasaskan kaum Cina tidak terlibat dalam perbincangan mengenai penggabungan.”

“Ketika ini, tiada sebarang pertemuan, ataupun perbincangan mengenai perkara itu,” kata beliau dipetik Bernama Online.

Dr Chua (gambar) mengulas laporan yang disiarkan oleh beberapa akhbar berbahasa Cina hujung minggu lepas bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan mengenai kemungkinan penggabungan ketiga-tiga parti berkenaan.

Menurut laporan itu, pertemuan berkenaan diadakan di Sarawak baru-baru ini untuk meneroka kemungkinan penggabungan antara parti komponen BN berasaskan kaum Cina dan menjadikannya sebuah entiti baru yang dianggotai pelbagai kaum dalam usaha meraih sokongan lebih besar.

Selain itu, laporan itu menyebut bahawa cadangan itu disuarakan susulan peralihan yang ketara dalam sokongan kaum Cina terhadap pembangkang sejak pilihan raya umum 2008 dan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kepimpinan tertinggi parti terbabit memandangkan jika trend seperti itu berterusan, ia akan membawa kesan besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya umum lepas, MCA hanya memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandinginya manakala Gerakan pula hanya memenangi dua daripada 12 kerusi Parlimen selain kehilangan kuasa memerintah di Pulau Pinang.

Di samping itu, SUPP mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April tahun ini setelah kalah 13 daripada 19 kerusi yang ditandinginya.

Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri ketika itu, kalah kepada muka baru daripada DAP, Ling Sie Kie di kubu kuatnya di Piasau.

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha ketika dihubungi menyuarakan rasa terperanjat berhubung laporan itu.

“Saya tidak pasti tentang adanya perbincangan seperti itu. Saya berada di UK untuk tugas rasmi sejak seminggu lepas,” katanya.

Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow turut menafikan berlangsungnya perbincangan sedemikian manakala Setiausaha Agung SUPP Datuk Sim Kheng Hui berkata beliau tidak pasti tentang adanya perbincangan seperti itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.