Hari Pertama Umno Bersidang,Muhyudin Sudah Merepek Posted on Wednesday, November 30 @ 04:58:18 PST by paktam |
Oleh: WFAUZDIN NS
Bermulalah perhimpunan yang terakhir buat parti sekular orang Melayu iaitu Umno bersidang sebelum PRU ke 13 diumumkan dan juga sebelum Umno bakal bertukar menjadi Pembangkang di negara ini, InsyaAllah. Sebenarnya parti ini sedang bergelut dengan `nyawa'nya memandangkan sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu terhadap parti tersebut semakin terhakis
Justeru itu, tidak menghairankan apabila Timbalan Presiden Umno iaitu Muhyiddin Yassin merepek perkara yang langsung tidak masuk akal. Ini semua adalah untuk menghilangkan kegelabahan beliau melihat Umno semakin diusung orang ke tanah perkuburan. Muhyiddin mendendangkan irama kuno iaitu dengan menuduh DAP sebagai parti yang bersifat `rasis'. Bagi melindungi keburukan Umno, maka Muhyiddin sanggup meletakkan namanya di antara tokoh politik di negara ini yang paling rendah akalnya jika tidak bengap sekalipun.
Memetik kenyataan beliau di dalam Malaysiakini, Muhyiddin berkata, dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau". Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP," katanya (Malaysiaikini).
Kita tidak perlu pergi jauh atau mengkaji sejarah perjuangan DAP, cukup kita melihat pentadbiran di P.Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng sudah cukup membuktikan apa yang Muhyiddin sebut itu umpama `mulut busuk' semata-mata. Rasis kah Lim Guan Eng apabila di bawah Kerajaan Negeri P.Pinang hampir 100 % tender atau projek diperolehi oleh kaum Bumiputera? Adakah kerana Kerajaan Negeri P.Pinang menaikkan elaun Imam dan mereka yang Hafaz Al-Quran di samping menambah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat itu menunjukkan DAP itu rasis? Hanya rakyat di P.Pinang tahu samada Lim Guan Eng yang jujur atau Muhyiddin yang berbohong.
Muhyiddin sebut DAP gilakan kuasa dan mahu menyekat orang-orang Melayu dari menjadi pemimpin. Adakah kerana ramai kaum Cina menyokong DAP maka DAP dianggap rasis? Bagaimana pula dengan kaum Cina yang menyokong MCA atau Gerakan? Rasis kah mereka? Melabel DAP sebagai rasis adalah modal lapok yang dulunya adalah modal Tun Mahathir yang akhirnya tersungkur juga dari kerusi PM. Muhyiddin cuba gunakan semula modal ini untuk mempercepatkan perjalanan Umno/Bn ke liang lahad.
Hakikatnya Muhyiddin sedar, kaum Cina tidak lagi berselera dengan Bn kerana mereka melihat Umno juga dianggap rasis tidak kurang sedikitpun dari Perkasa. Muhyiddin amat-amat maklum bahawa di dalam PRU akan datang, sekali lagi kaum Cina akan menolak Bn. /wfauzdin.blogspot.com
1 orang berkata:
michael kors outlet online
yeezy boost 350
asics running shoes
kobe shoes
reebok outlet
cartier bracelet
lacoste polo
light up shoes
nike mercurial
air max 2017
Post a Comment