Mari kita memikirkan sebuah hadis Rasullullah s.a.w yang mengesahkan tentang peristiwa hijrah yang berlaku dizamannya yang menjadi suri tauladan kepada kita semua
اِنَّمَا الْاَ عْمَالُ بِا لنِّيَّتِ ، وَأِنَّمَا لِكُلِّ اَمْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَا نَتْ هِجْرَتُهُ اِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ ،
فَهِجْرَتُهُ اِلًى اللهِ وَرَسُوْلِهِ ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُ نْيَا يُصِيْبُهَا اَوْاَ مْرَاَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَ تُهُ
اِلَى مَا هَا جَرَأِلَيْهِ
Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya setiap seseorang itu apa yang dia niatkan, dan sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasulnya, dan barang siapa yang hijrahnya untuk dunia, maka ia akan memperolehinya atau seorang wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia hijrahkan kepadanya
Hadis diatas memberi ma’ana yang cukup besar untuk semua umat islam tentang peristiwa hijrah, ia melibatkan hati dan nawaitu yang ikhlas kerana agama Allah, dan semua apa yang mereka rancang mestilah dengan niat yang baik dan sici kerana Allah s.w.t
Peristiwa hijrah menjadi tempat bertolaknya keikhlasan dan merupakan suatu ujian yang sangat besar yang menikam perasaan, menekan hati, menekan jiwa umat islam, dimana mereka diperintahkan oleh Allah s.w.t sebagai suatu ujian, meninggalkan tanah air yang dikasihi, meninggalkan harta yang dicari selama ini, meninggalkan keluarga yang disayangi dan meninggalkan sahabat handai
Hijrah adalah kemuncak bagi kerja-kerja dakwah disepanjang zaman, bermula dari kerja dakwah yang dimulai oleh para nabi-nabi dan rasul yang terdahulu sehinggalah kepada zaman nabi Muhammad saw iaitu kerja pemisahan yang berlaku terhadap golongan jahiliyah dimana pemisahan ini melibatkan kepentingan bangsa, keluarga, tanah air, harta benda dan melibatkan agama Allah s.w.t dan kepentingan yang lain
Adalah tidak dinafikan bahawa kepentingan dan kecintaan dan sayang kepada keluarga adalah disuruh oleh agama, kita memutuskan keluarga adalah dilarang oleh agama, sayang kepada tanah air adalah disuruh oleh agama, kasih kepada bangsa adalah disuruh oleh agama, sayang kepada tanah air adalah disuruh oleh agama, apabila tanah air diserang oleh musuh wajib dipertahankan, sayang kepada benda adalah sebahagian daripada yang dibenarkan oleh agama, sehinggakan orang yang mati mempertahankan harta bendanya jika mati adalah dianggap sebagai syahid, ini menunjukkan bahawa nilaian yang diberikan oleh agama islam kepada tanah air, kepada harta benda dan keluarga sangat tinggi, namun yang menjadi dasar kepada semuanya kecintaan dan kasih sayang itu mestilah islam yang menjadi sebagai dasar kasih dan sayang tersebut, apabila islam tertanam dan menjadi kemuncak didalam hati seseorang sehingga dijadikannya dasar yang sebenar kepada segala perkara maka itu menandakan pengabdian diri seseorang itu kepada Allah yang sebenar-benarnya hamba yang beriman kepada Allah
Apabila islam menjadi kemuncak didalam hati seseorang, maka mereka memahami bahawa islam itulah yang menjadi dasar menyelamatkan tanah air, bangsa, harta benda dan keluarga mereka, ini bererti yang menyelamatkan bangsa itu bukan bangsa, yang menyelamatkan tanah air itu bukan tanah air, yang menyelamatkan harta benda itu bukan harta benda, yang menyelamatkan segala-galanya itu adalah islam sebagai asas dasarnya
Islam adalah agama Allah s.w.t yang menjamin kebahagian mereka, ternyata orang yang berhijrah ke Madinah iaitu golongan muhajirin yang meninggalkan tanah air dan meninggalkan kepentingan-kepentingan mereka di Makkah, yang mendapat pertolongan golongan Ansar yang berada di Madinah yang berkorban memberi pertolongan kepada golongan muhajirin dengan meletakkan pengorbanan yang amat besar mengatasi kepentingan pribadi mereka
Golongan muhajirin yang hilang tanah air diberikan tanah air, mereka yang telah hilang keturunan dan keluarga telah diberikan keluarga dan keturunan yang baik-baik, mereka yang telah kehilangan harta benda telah diberikan harta benda yang baik-baik serta halal dan diberkati oleh Allah s.w.t di Madinah, dan disinilah tempat bertolaknya pembinaan satu ummah yang membawa risalah daripada Allah s.w.t
Berdasarkan kepada apa yang telah ditetapkan oleh agama kepada kita yang mengaku sebagai beragama dengan agama yang telah diturunkan Allah s.w.t dan yang beriman pula kepadaNya serta cekal kepada ujianNya. Sesungguhnya orang-orang yang mempertahankan tanah air, bangsa, harta benda dan keluarganya yang tidak berdasarkan kepada agama sebenarnya adalah pengkhianat kepada tanah air, bangsa dan harta bendanya sendiri, yang membawa matlamat hidup mereka ke arah Neraka Jahanam, kerana membelakangkan dasar yang telah ditetapkan oleh Allah kepada mereka
Didalam Al Quran Allah berfirman:
وَمَا أُمِرُوا أِّلِاَّ لِيَعْبُدُ وا اللَه مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوالصَّلَوةَ وَيُؤ تُو االزَّكَوةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Maksudnya: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah, dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh diatas tauhid,dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar
(Al Baiyinah 5)
Demikian sejarah yang berlaku terhadap batang tubuh Rasullullah s.a.w dan para sahabat yang setia kepada baginda yang saban tahun kita mengingatinya, persoalannya ialah Apakah yang kita boleh mencontohi dari peristiwa hijrah tersebut ? Cukupkah dengan menyambut peristiwa ini sedangkan diri kita sendiri kita lupa untuk menghijrahkannya ?
0 orang berkata:
Post a Comment