Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUU ESOK ADA TUNJUK PERASAAN

Majlis Peguam desak semua MP tolak RUU Perhimpunan Aman esok

November 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 Nov Majlis 

Peguam hari ini menggesa ahli-ahli Parlimen — sebelah kerajaan dan juga pembangkang agar tidak meluluskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang muncul kontroversi sekarang dengan kritikan dan kecaman datang dari pelbagai sudut.

Sehubungan itu Majlis Peguam mahu rang undang-undang alternatif dipertimbangkan dengan merujuk kepada kajian jawatankuasa pilihan khas Parlimen.

Pendirian Majlis Peguam ini muncul beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa banyak pihak telah salah tafsir mengenai peruntukan undang-undang baru, yang digubal bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, seiring dengan transformasi politik beliau.

“Tiada pilihan lain. Jangan luluskan RUU Perhimpunan Aman 2011. Sokong rang undang-undang alternatif kami dan permintaan kami agar diadakan jawatankuasa pilihan khas Parlimen (bagi membincangkan undang-undang baru ini),” kata Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) dalam surat terbuka kepada ahli-ahli Parlimen hari ini.

Dewan Rakyat akan membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 esok selepas ia dibentangkan minggu lalu.

Esok, Majlis Peguam bercadang untuk mengadakan kempen Walk for Freedom 2011 membantah rang undang-undang itu dan menyerahkan memorandum syor pindaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Sejak dibentangkan ia mendapat kritikan banyak pihak termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Pagi tadi, Najib mempersalahkan Pakatan Rakyat (PR) atas alasan mengelirukan orang ramai khususnya berkenaan syarat notis 30 hari bagi penganjur perhimpunan memaklumkan pihak polis.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menyifatkan rang undang-undang itu digubal dengan tergesa-gesa dan oleh itu, menggesa agar ia ditarik balik daripada dibahaskan.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk Suhakam juga mahu peruntukannya dikaji balik.

Dalam kenyataannya kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Kabinet telah memberi lampu hijau untuk meminda tujuh peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Kritikan mendakwa rang undang-undang itu mengekang teruk kebebasan rakyat dan lebih teruk berbanding dengan persekitaran semasa.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, Lim menambah bahawa Majlis Peguam membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman atas alasan ia mengenakan sekatan-sekatan tidak munasabah dan tidak wajar ke atas kebebasan berhimpun yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Peruntukan-peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 lebih ketat berbanding undang-undang semasa seperti melarang protes jalanan dan kuasa tidak terhad pada pihak polis dalam menentukan masa, tarikh, tempat dan penjalanan perhimpunan.

“Peruntukan-peruntukan dalam Perhimpunan Aman 2011 sangat tidak logik,” kata beliau yang kandungan surat terbukanya turut disebutkan dalam kenyataan media beliau.

Lim menambah, rang undang-undang yang dibawa pentadbiran Najib tidak konsisten dengan norma antarabangsa selain bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta berlawanan dengan hak asasi manusia.

“Sebaliknya, rang undang-undang ini akan membawa kita jauh daripada menjadi negara moden dan progresif,” katanya lagi.

Lim berkata, Majlis Peguam yang pernah mengadakan kempen Walk for Justice pada 26 September 2007 bagi menggesa diadakan suruhanjaya diraja menyiasat kes video VK Lingam bertegas bahawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman tidak harus menjadi satu undang-undang sama sekali.

“Majlis Peguam berpendapat sebarang usaha untuk mengawal selia kebebasan fundamental di bawah Perlembagaan Persekutuan seharusnya dilakukan selepas perundingan sewajarnya dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk ahli-ahli Parlimen pembangkang dan pertubuhan sivil.

“Dalam hal ini, Majlis Peguam mengesyorkan rang undang-undang alternatif untuk dipertimbangkan dan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas untuk pertimbangan. Di peringkat bacaan kedua, kami meminta agar, sebagai seorang wakil rakyat, sokong permintaan kami,” kata Lim.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.