Bangunan Parlimen diserbu, PM Kuwait didesak undur
November 17, 2011
KUWAIT, 17 Nov - Berpuluh-puluh rakyat Kuwait menyerbu bangunan Parlimen negara itu lewat semalam sementara beratus-ratus orang berdemonstrasi di luar premis mendesak Perdana Menteri Sheikh Nasser al-Mohammad al-Sabah meletakkan jawatan, lapor media tempatan dan saksi.
Menurut mereka, penunjuk perasaan yang turut memasuki dewan perbahasan termasuklah beberapa wakil rakyat pembangkang yang mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen setiap minggu mendesak penyingkiran Sheikh Nasser, yang menurut mereka mengamalkan rasuah.
"Rakyat mahu menggulingkan ketua (kerajaan)," laung kumpulan itu ketika penunjuk perasaan memasuki bangunan Parlimen dan kemudian keluar untuk menyertai mereka.
Laungan itu menyusul rungutan dibawa penunjuk perasaan di Mesir pada Februari lalu, memaksa Hosni Mubarak berundur sebagai presiden selepas tiga dekad.
Kuwait bebas tunjuk perasaan besar-besaran yang diadakan untuk menggulingkan Hosni dan sebelumnya Presiden Tunisia Zine al-Abedine Ben Ali.
Bagaimanapun negara Teluk itu berhadapan dengan pergolakan politik dan pembangkang pula meningkatkan tekanan ke atas Sheikh Nasser.
Beberapa organisasi berita Kuwait dan saksi berkata polis rusuhan memukul penunjuk perasaan ketika mereka berhimpun di luar bangunan Parlimen.
Mei lalu, dua Ahli Parlimen telah cuba untuk mempersoalkan Sheikh Nasser berhubung dakwaan salah guna dana, tetapi beliau menafikannya.
Permintaan itu muncul sebelum beliau mengumumkan barisan Kabinet yang ketujuhnya. Kabinet terdahulu meletakkan jawatan Mac lalu bagi mengelak Parlimen menyoal siasat tiga anggota menteri. - Reuters
1 orang berkata:
Allah mengtahui semua perbuatan 'orang ini' dan kalau ianya salah dari segi syari'e dia berdosa seperti juga manusia lain. Dia akan mendapat balasan setimpal di dunia dan di akhirat kecuali taubatnya diterima Allah. Tetapi dia masih dikira beruntung kerana ramai manusia lain mengumpat dan mencemuh dia. Perbuatan ini akan mengurangkan dosanya. Untungnya orang dicela menerusi blog-blog walaupun betul bersalah.
Post a Comment