Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified



Dalam seni pun Umno-BN double standard
Posted on Thursday, March 15 @ 01:00:00 CDT by paktam
Oleh RAYUSA
SEBAGAIMANA polis membiarkan samseng Umno menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan penhttp://images.betterworldbooks.com/081/Where-Did-I-Come-From-9780818402531.jpgyokong Pakatan Rakyat semasa Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang pada 26 Februari lalu, tetapi bertindak jika demonstran Pakatan berhimpun, begitu jugalah kerajaan Umno-BN dalam isu seni.


Pada 21 Februari lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dan melarang buku Where Did I Come From kerana mengandungi elemen memudaratkan moral masyarakat, dan kepentingan awam.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Abdul Rahim Mohd Radzi, pengharaman buku tulisan Peter Mayle itu dibuat di bawah peruntukan Seksyen 7 Subseksyen 1 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Katanya, perintah larangan pula dibuat berdasarkan Seksyen 8 Subseksyen 2 akta sama yang jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Larangan tersebut dibuat ekoran permintaan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Muhd Khairun Aseh agar KDN memantau pengedaran buku import yang didakwa mengandungi unsur lucah melampau, dan ilustrasi yang keterlaluan itu. Soalnya, bagaimana pada peringkat awal buku itu boleh diterbitkan?

Ini double standard kerana KDN tidak pula bertindak terhadap akhbar-akhbar tempatan, terutama Utusan Malaysia yang suka menyiarkan berita fitnah, dan tohmah terhadap parti-parti komponen Pakatan, serta pemimpinnya.

Akhbar-akhbar tempatan juga tidak dihukum walaupun turut menyiarkan gambar seksi pelakon atau penyanyi wanita. Mingguan Malaysia dan Metro Ahad, misalnya sering menyiarkan gambar pelakon atau penyanyi wanita yang terdedah dada, betis, dan paha. Tindakan tidak diambil kerana semua akhbar tersebut pro-BN!

Pada 28 Februari lalu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) membatalkan konsert penyanyi wanita, Erykah Badu (yang sepatutnya berlangsung pada 29 Februari lalu) yang didapati melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), dan syarat kelulusan, iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa, serta nilai budaya masyarakat Malaysia.

Tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, perbuatan Erykah meletakkan kalimah Allah pada badannya tanpa baju menghina Islam, dan salah besar. Tetapi, isterinya tidak bertudung dan rambut berwarna-warni tidak berdosa pula!




 Bagaimanapun, gara-gara The Star menyiarkan gambar Erykah sebagai promosi yang tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan Allah pada dadanya, KPKK dan Puspal membatalkan konsert tersebut.


Jelas Rais, gambar dalam akhbar tersebut bukan gambar yang dikemukakan penganjur yang tidak mempunyai lambang menghina Islam, iaitu perkataan Allah pada sisi kiri dan kanan. Justeru, KPKK dan Puspal membuat rumusan ada beberapa agenda tersembunyi. Soalnya, apa keistimewaan Erykah hingga penganjur membawanya ke negara ini, dan kerajaan membiarkan pada peringkat awal?

Walaupun tindakan itu bagus, rumusan hanya berdasarkan andaian. Bagaimana pula Lembaga Penapis Filem (LPF) boleh meluluskan tayangan filem Ghost Rider (2007) dan Ghost Rider 2: Spirit of Vengeance (2012)? Ghost Rider 2 baharu ditayangkan pada 17 Februari lalu dan mendapat sambutan hangat. Ini juga double standard.

Mengapa filem itu diluluskan, padahal ia ‘berkempen’ mengenai kebaikan syaitan membantu manusia mengatasi kejahatan dan ketidakadilan. Ini amat bahaya kerana persekongkolan syaitan dengan manusia dianggap baik dan dijalin mesra, serta naratifnya dibentuk sebab-akibat yang kukuh bagi meyakinkan logik syaitan itu diterima sebagai rakan manusia. Umat Islam perlu menolaknya, malah semua penganut agama samawi menolak persekongkolan syaitan dengan manusia. 

Umat Islam diajar jangan bersahabat dengan syaitan (walaupun realitinya kini ramai manusia sedemikian). Mengapa LPF boleh terlepas pandang perkara ini?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.