Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUNG JANGAN ANGKAT SANGAT YA ! MAHADHIR BETUL TU !

UMNO TELAH LAMA AMALKAN DASAR PINTU TERBUKA - BUNG MOKHTAR

 
alt

KUALA LUMPUR, 29 Mac - “Sebetulnya Umno telah lama mengamalkan pintu terbuka kepada golongan profesional dan intelektual,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mukhtar Radin hari ini kepada KL Pos.
 
Menurut beliau, dasar membuka pintu kepada golongan profesional dan intelektual ini sudah jelas sejak dahulu lagi buat Umno.
 
“Sebetulnya Umno telah lama mengamalkan pintu terbuka ini. Untuk beri ruang pada profesional, karyawan, ahli korporat, ini sudah jelas dari dulu. Mungkin saranan Tun Dr Mahathir ini memfokus kepada generasi baru graduan yang dilihat berada dalam kelompok pembangkang,” kata Bung Mukhtar ketika ditemui di Parlimen hari ini.
 
“Saya memang amat mengalukan kenyataan seumpama ini sebab Umno adalah satu organisasi yang diperlukan oleh semua bentuk masyarakat,” tambah beliau.
 
Beliau turut mengakui sekiranya lebih ramai golongan profesional menyertai Umno ianya akan mendatangkan banyak kebaikan kepada parti tersebut.
 
“Lebih baik Umno dianggotai oleh profesional. Sekarang ini pun sudah ramai peguam, doktor dan jurutera di dalam Umno,” katanya lagi. 
 
Tambah suami kepada pelakon Zizie Ezette ini, Umno mungkin perlu mengubah pendekatannya dengan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengenalpasti golongan profesional dan intelektual yang boleh dipelawa menyertai parti keramat orang Melayu itu.
 
“Mungkin Umno perlu mengubah pendekatannya. Bentuk satu jawatankuasa untuk mengenalpasti mana-mana profesional dalam negara dan pelawa mereka masuk Umno tanpa perlu tunggu mereka memohon terlebih dahulu,” kata beliau.
 
“Saya lihat rata-rata golongan profesional di negara ini kebanyakannya menentang Umno. Mungkin perjumpaan dengan ahli profesional ini boleh beri mereka rancangan menjadikan Umno wadah perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara kepada masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.
 
Tun Dr Mahathir semalam menggesa pimpinan Umno supaya membuka lebih banyak ruang kepada golongan profesional dan intelektual untuk menyertai parti itu di peringkat cawangan dan bahagian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.