Dr HASAN ALI kata Dr Halimah ubah pejabat lebih kos daripadanya??!
Ubahsuai Pejabat Hasan Ali Tertinggi
Posted in: Ahli Parlimen, Berita, Kenyataan Menteri Besar, Kerajaan Selangor, Menteri Besar, Tayangan
– March 27, 2012SHAH ALAM 27 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkilan dengan kredibiliti yang ditunjukkan oleh Bekas Exco Datuk Dr Hassan Ali dalam pengubahsuian pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Abdul Khalid berkata, perkara yang ditunjukkan itu tidak menunjukkan prinsip pemimpin yang mengamalkan sikap ketulusan.
Khalid berkata berdasarkan audit yang dijalankan, Hasan menggunakan RM329,000 untuk mengubahsuai pejabat beliau, jumlah yang tertinggi berbanding exco lain.
Jumaat lalu, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin mendedahkan Hasaan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000, sedangkan menteri besar sendiri tidak ubah suai pejabat.
“Kenapa kita perlu mengikut orang lain, orang lain ubahsuai, kita juga hendak buat juga.
“Jangan menggunakan asas itu, orang lain buat, kamu kena buat lebih dari orang. Itu tidak boleh dan bukan prinsip kepimpinan Kerajaan Negeri,” katanya dalam penggulungan perbahasan Dewan Undangan Negeri petang tadi.
Antaranya, exco lain yang mengubahsuai pejabat mereka adalah Exco Kebajikan, Hal Ehwal, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail sebanyak RM190,000 dan Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian kilang Haram, Ean Yong Hian Wah sebanyak RM146,000.
Manakala Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir.Iskandar Abdul Samad sebanyak RM81,000. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar sebanyak RM70,000.
Selain itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu sebanyak RM30,000. Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari sebanyak RM30,000.
Bagi Exco Pelaburan,Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok dan Exco Perlancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabelth Wong sebanyak kurang daripada RM25,000 serta Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali tidak melakukan apa-apa ubahsuai.
Tambahnya, jika beliau (Hassan) memperjuangkan rakyat seharusnya beliau melihat ‘Value For Money’.
“Saya tidak menghalang jika hendak lakukan pengubahsuaian itu, sekiranya beliau gunakan RM300,000 itu untuk keluasan lebih 3000 kaki persegi, jika RM100 sekaki, jadi angka itu munasabah.
“Tetapi jika dibuat keluasan hanya 500 kaki persgi tetapi jumlah itu RM300,000 maknanya kita mesti tahu duit itu dilaburkan ke mana,”katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment