Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JATUHNYA KERAJAAN ZALIM HANYA DENGAN DEMONSTRASI JALAN RAYA ?




Jarang pilihan raya dapat tumbangkan diktator
Posted on Monday, March 26 @ 01:00:00 CDT by paktam
Oleh Lanh

GEGAK gempita menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini mengingatkan saya akan kesempatan paling bermakna dalam hidup saya sebagai seorang wartawan - membuat liputan pilihan raya pelbagai kaum yang pertama di Afrika Selatan pada April 1994. 


Pilihan raya penuh bersejarah ini menandakan tamatnya aparteid (dasar membezakan warna kulit; di Afrika Selatan rakyat kulit hitam dilarang menyertai pilihan raya sebelum 1994), sekali gus melonjakkan Nelson Mandela pemimpin Kongres Kebangsaaan Afrika (ANC) yang terpenjara puluhan tahun sebagai presiden pertama di kalangan orang kulit hitam Afrika Selatan.
 
Selepas hancurnya Aparteid Afrika Selatan, apakah aparteid sudah berakhir di dunia ini? Apakah aparteid hanya sejarah?

Nampaknya dunia mempercayai demikian, hakikatnya penindasan dan ketidak-adilan tidak pernah berakhir dengan golongan lemah berterusan menjadi mangsa pihak berkuasa. Aparteid bertukar wajah, ia mungkin tidak lagi membabitkan warna kulit tetapi dari segi perbezaan di kalangan manusia termasuklah agama dan ideologi.

Berikutan tragedi 11 September 2001 tersingkaplah betapa orang Islam menjadi sasaran dendam kesumbat Barat sejak ratusan tahun. Orang Islam dipandang penuh prejudis - mereka yang mengamalkan sunnah Rasul dianggap sebagai pengganas; mereka diperangi sekalipun di tanah kelahiran sendiri seperti di Palestin, Chechnya, Kashmir, Bosnia dan Xinjiang.

Kemuncak kebencian kepada orang Islam adalah serangan ke atas dua negara umat Islam iaitu Iraq dan Afghanistan; keduaduanya hancur, ratusan ribu rakyatnya terkorban tetapi di atas puing-puing kemusnahan ini, dunia Barat dengan bangganya mendakwa keadilan sudah tertegak di alam fana ini. Keadilan dan kebahagiaan kehidupan apa yang mereka maksudkan itu?

Namun penindasan ini telah menyedarkan sebahagian besar ummah termasuk di dunia Arab bahawa mereka sudah tersasar jauh daripada kehendak Islam termasuk dari segi pemerintahan sehingga dipandang penuh hina oleh Barat. Kebangkitan rakyat di dunia Arab tidak dapat disekat-sekat lagi, mereka mula menolak diktator pujaan Barat seperti Hosni Mubarak (Mesir) yang biasanya mendapat 99 peratus undi setiap kali pilihan raya. Maka jatuhlah satu demi satu rejim zalim di dunia Arab; dari Libya ke Yaman; hampir semua kerajaan ini jatuh melalui pergerakan rakyat di jalan raya.

Di Afrika Selatan, rejim aparteid bukanlah dijatuhkan melalui pilihan raya; demikian juga di dunia Arab; kerajaankerajaannya dijatuhkan selepas rakyat memenuhi jalan raya. Di Afrika Selatan, rejim aparteid digulingkan oleh kuasa rakyat di jalan raya dengan Mandela sebagai penggeraknya manakala di dunia Arab pemimpin diktator seperti Muammar Gaddafi, Mubarak, Abdullah Ali Saleh dan Zainal Abidin Ali; semuanya digulingkan melalui pergerakan rakyat di jalan raya.

Selepas mereka tumbang barulah pilihan raya ‘bersih’ dapat diadakan. Jarang benar pilihan raya dapat membersihkan diktator-diktator ini daripada kuasa kerana hampir pasti setiap kali pilihan raya mereka mencatat kejayaan cemerlang dan gemilang dengan menyapu 99 peratus undi!

Pilihan raya pelbagai kaum pertama 1994 Afrika Selatan adalah pengajaran penuh bermakna kepada dunia kerana ia penanda berakhirnya aparteid (tetapi ia bukan penyebab kerana rakyat terpaksa berarak di jalan raya sebelum itu), tetapi amat malang sekali ‘aparteid bentuk baru’ semakin menjadijadi termasuklah di pintu depan rumah kita terutama menjelang pilihan raya ini.

Bukalah mata seluas-luasnya dan saksikan ‘pelbagai aparteid’ dalam kehidupan, senarainya terlalu panjang, ya ‘aparteid’ dalam media, ‘aparteid’ dalam peruntukan bantuan (royalti minyak) dan sebagainya.

Kata-kata ‘hikmah’ - ‘I help you, you help me’ (Saya tolong awak, awak tolong saya) itu pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa ‘aparteid’ masih

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.