Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANCING SOKONGAN MACAM FIRAUN

Umno jangan bangga dengan wang menjelang PRU



3 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 26 Mac: Umno Barisan Nasional diingatkan jangan terlalu bermegah dengan kewangan yang ada dalam menjalankan kempen mereka kepada rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13).

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, selagi Umno mentadbir negara dengan menggunakan wang dan tidak berpandukan Al-Quran, lambat laun mereka akan jatuh.

“Kalau tidak jatuh di dunia, jatuh di akhirat kelak," kata beliau.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Balai Islam, Lundang dekat sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) Datuk Che Rahim Jusoh.

“Gerakan Islam walau pun (dianggap) tidak ada duit, namun mereka ada ‘kebenaran’.

"Gerakan Islam ada ‘as-siratal mustaqim’, yang dilalui (ditunjuk) oleh Nabi Muhammad saw, dan inilah kelebihan gerakan Islam," katanya.

Oleh itu Menteri Besar mendakwa kepimpinan yang ada memimpin negara tanpa berpandukan Al-Quran (menolak Islam), lambat laun akan jatuh jua.

Beliau mengingatkan Umno supaya mengambil iktibar kejadian di Timur Tengah dengan naiknya golongan Ikhwanul Muslimin dalam menentang 'golongan kaya’ dalam peristiwa kejatuhan mantan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

“Hosni Mubarak itu, mengikut ucapan Dr Yusoff Al-Qardhawi, beliau membawa lari (bersamanya) harta kekayaannya sebanyak 19 buah kapal terbang.

“Mantan Presiden Mesir itu memang orang kaya, yang disokong Amerika, Peranchis, German dan Blok Barat sendiri, bahkan China dan Russia. Semua itu blok kaya.

"Namun Ikhwanul Muslimin akhirnya mencapai kemenangan di Mesir.

“Kerana apa, adalah kerana kebenaran dan fitrah manusia itu sendiri yang mahukan kebenaran, tidak mahukan kezaliman.

“Justeru Umno selalu menyebut masalah projek, masalah pembangunan, namun pejuang Islam menyedari bukan itu keutamaan.

“Bahkan Rasulullah saw sendiri diutuskan Allah swt dari kalangan orang miskin," katanya.

Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata Al-Quran diturunkan untuk kegunaan manusia, bukan kegunaan makhluk lain termasuk Malaikat.

Kini, kata Menteri Besar, pelbagai masalah berlaku dalam negara berpunca daripada ruhani yang mati lantaran sikap manusia menolak Al-Quran.

Pada hari Kiamat, menurut aduan Rasulullah saw kepada Allah SWT bahawa manusia mengambil Al-Quran hanya untuk dibaca tetapi tidak dilaksanakan termasuk untuk panduan dalam perlembagaan pemerintahan.

“Kini gejala sosial berlaku membabitkan semua golongan, bahkan jenayah semakin menjadi-jadi.

“Pembunuhan kejam bukan saja membabitkan mangsa dari golongan dewasa bahkan kanak-kanak pun tidak lagi terselamat.

“Rogol, bunuh dan bakar menjadi satu gaya jenayah baru dalam masyarakat.

“Ini membuktikan undang-undang yang ada gagal mengawal kebuasan nafsu manusia walau pun undang-undang itu diperketatkan namun dalam masa sama jenayah semakin menjadi-jadi.

“Saya penuh yakin bahawa semua itu berpunca daripada manusia menolak Al-Quran sebagai asas peraturan hidup," katanya.

Justeru, kata Menteri Besar, Kerajaan Negeri mengambil langkah menganjurkan pertandingan menghafaz Al-Quran.

Ia bertujuan menghidupkan penghayatan Al-Quran di kalangan rakyat selain mengangkat matlamat ‘satu rumah satu hafiz’ akan tercapai, insya Allah.

Kerajaan Negeri mengamalkan banyak dasar selari dengan Al-Quran. Antaranya mengangkat dasar Membangun Bersama Islam sebagai asas pentadbiran negeri.

Memperkenalkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan, mengalihkan (simpanan ) wang Kerajaan Negeri di dalam bank riba ke dalam Bank Islam, mengawal penjualan minuman keras dan melarang sebarang bentuk aktiviti perjudian.

“Saya yakin puak-puak yang galak menyerang dasar Kerajaan negeri itu, mereka sekadar mahu menarik perhatian umum (supaya menyokong mereka).

“Ini kerana dasar-dasar negeri, sejak lebih dua puluh tahun lalu, diterima semua pihak di negeri ini termasuk non-muslim,” ujarnya.

Harakah Daily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.