Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KETENGAH ADA ARAHAN BUAT DEMIKIAN ?




Mungkir janji, Pewaris batal serah memo Ketengah
Posted on Tuesday, March 27 @ 07:55:54 CDT by paktam
 
KUALA LUMPUR, : Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) hari ini membatalkan hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Ianya ekoran pihak Ketengah didakwa mungkir janji apabila tidak membenarkan kumpulan 30 orang dari mereka masuk ke Ibu Pejabat Ketengah di Bandar al-Muktafi Billah Shah di Dungun siang tadi untuk mengadakan perbincangan dan menyerahkan memorandum.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman  yang turut serta dalam rombongan itu berkata, Waris sebelum ini mahu membawa 1,000 ahlinya namun akur dengan permintaan Ketengah yang mahu sedikit sahaja yang datang.

"Kami hormati permintaan pihak Ketengah. Tapi hari ini mereka benarkan lima orang sahaja masuk, 25 lagi disuruh tunggu luar pagar.

"Kami kecewa dengan sikap tidak profesional Ketengah. Jadi kami buat keputusan tidak jadi serah memorandum," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Memorandum yang sepatutnya diserahkan itu mengandungi 12 tuntutan, antaranya menuntut Ketengah menyelesaikan isu hutang perumahan rakyat, lot rumah generasi kedua, peluang pekerjaan dan memperkasakan fungsi anak-anak syarikatnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.