Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAK EH BANYAKNYA ASNAF DARI 8 MENJADI 287

287 Asnaf dikenal pasti di KL sejak Februari

28/03/2012 10:49pm

KUALA LUMPUR — Skuad Jejak Asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip), yang ditubuhkan Februari lepas, mengenal pasti 287 asnaf yang layak menerima bantuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, buat permulaan, skuad itu akan pergi ke seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, terutama di kawasan setinggan, bagi mengesan penerima bantuan zakat berdasarkan maklumat orang ramai, media dan jadual rutin turun padang.

Jamil Khir berkata, demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan perlindungan Takaful Asnaf Baitulmal Mawip 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata, Mawip juga diarah mengedarkan buku panduan mengenai prosedur permohonan bantuan Baitulmal di semua masjid dan surau di sini bagi menjejaki golongan asnaf yang layak menerima bantuan.

Mengenai Skim Bantuan Takaful Asnaf Baitulmal Mawip, beliau berkata sehingga bulan ini, seramai 120 pewaris asnaf menerima bayaran sebanyak RM2,000 seorang akibat kematian pencarum.

"Sehingga hari ini, Skim Bantuan Takaful Asnaf Baitulmal Mawip yang diperkenalkan pada 21 Jun 2011 mempunyai 11,073 peserta daripada golongan asnaf (fakir dan miskin).

"Peserta skim ini merupakan penerima bantuan kewangan secara bulanan dari Baitulmal Mawip. Mereka menerima bantuan antara RM200 dan RM500 sebulan,” katanya. — BERNAMA
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.