Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMPERJUANGKAN POLITIK ASAL UMNO

Abdul Kadir tidak sertai PR, kembali berpolitik melalui NGO

March 26, 2012
 
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini menyatakan beliau akan kembali aktif semula dalam politik namun tidak menyatakan sama ada akan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Abdul Kadir sebaliknya berkata untuk jangka masa terdekat ini, beliau hanya akan menggunakan saluran badan bukan kerajaan (NGO) setelah mengumumkan keluar Umno awal minggu lalu.

“Saya isytiharkan hari ini saya berhenti dari bersara dan kembali aktif untuk membawa kembali perjuangan asal Umno yang dibawa pemimpin terdahulu.

“Keputusan yang berat dan bukanlah sesuatu yang mudah kerana setakat hari ini saya telah 56 tahun menjadi ahli Umno.

“Penghidupan saya abdikan kepada Umno, negara, dan perjuangannya,” katanya ketika sidang media di sini.
Abdul Kadir mengadakan sidang media di Mines Waterfront Business Park, 26 Mac 2012. — Foto oleh Jack Ooi
Menurut Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu, beliau melihat berlakunya korupsi dan pembaziran serta kronisme mega berlaku dalam Umno yang berbeza daripada perjuangan tokoh pengasas terdahulu Umno.
 
“Saya tidak ada masalah dengan Najib dan Muhyiddin, tapi keadaan sekarang menyimpang begitu jauh daripada niat murni pengasas negara dan Umno terdahulu.

“Selepas 56 tahun, rakyat makin renggang oleh sebab sentimen keagamaan dan perkauman.

Menurut bekas Menteri Penerangan ini lagi, kerajaan sekarang juga mengamalkan sekatan terhadap media arus perdana demi kepentingan mereka sahaja.

“Hampir 100 peratus media arus perdana dikongkong satu suara sahaja,” tegasnya kesal dengan tindakan sedemikian.

Tambahnya lagi, beliau akan terus berjuang bersama-sama Amanah bagi mengembalikan perjuangan Umno lama yang menurutnya bersih, adil dan lebih menyayangi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sekarang ini saya berjuang melalui Amanah, untuk kembalikan perjuangan Umno lama,” katanya.

Abdul Khadir turut mendedahkan, beliau turut dipelawa untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) bagi meneruskan perjuangan politiknya.

“Ramai pemimpin dari Pakatan Rakyat, PAS, DAP, sahabat lama, kebetulan kawan-kawan saya dari dulu, ada berjumpa dalam pelbagai majlis, ramai yang pujuk, tetapi saya akan buat keputusan sendiri, bukan berdasarkan pujukan.

“Saya lebih berminat perjuangkan isu yang saya rasa tak kena, sebab itu kami tubuh Amanah,” katanya lagi.

Beliau turut tidak menolak untuk menukar peranan Amanah daripada hanya sebagai NGO kepada sebuah parti politik.

“Ramai ahli Amanah bercadang untuk tukar Amanah jadi parti politik, tapi itu belum diputuskan.

Beliau juga mengharapkan pemimpin sekarang agar sedar dan melaksanakan transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, dan mengubah perkara negatif yang wujud dalam parti agar rakyat mendapat manfaat.

“Kalau pemimpin sekarang ikhlas untuk berubah, mereka perlu laksanakan, saya tidak merujuk kepada sesiapa, saya hanya harapkan kerajaan fokus kepada benda yang perlu berubah, dan ubahlah, tak perlu cakap perkara yang sudah-sudah, kita bawa pembaharuan, benda-benda hodoh tu kita buanglah,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.