Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESAN MASUK TENTERA PAKAI CAP JARI, NI KUMPULAN BANGANG !

Monday, March 26, 2012


Terhina? Bila Pulak Tentera Malaysia Berjuang Menentang Israel

Menjadi alat tidak pula merasa hina. Memang otak kelabu!
Veteran tentera 'terhina' dengan dakwaan pendirian pro-Israel
Protes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berterusan hari ini dengan kira-kira 50 anggota tentera bersara mengadakan kempen mengutip tandatangan di pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, kerana mendakwa mereka telah "dihina" dengan kenyataan ketua pembangkang itu mengenai Israel.


umno youth arman azhar in blue veteran army association chairman mohd Ali Baharom in spec against anwar ibrahim israelBerpakaian baju putih dengan logo 1Malaysia, dan disertai anggota NGO pro-Umno, mereka berhimpun di hadapan pusat membeli-belah Sogo di ibunegara pada jam 3 petang.


Mereka membawa kain rentang antara mendakwa Anwar mengkhianati perjuangan Palestin dan 'Musuh dalam selimut'.


Mereka turutkan menggantung dua kain rentang besar di atas pokok menggesa orang ramai untuk merakamkan bantahan mereka terhadap kenyataan Anwar itu, dengan menandatangani petisyen mereka.


"Sebagai bekas anggota tentera, kita terhina apabila Anwar berkata dia menyokong Israel - sebuah rejim yang kejam yang melanggar undang-undang antarabangsa," kata Pengerusi Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom. Baca berita penuh


Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa bantahan secara aman itu disertai ahli Gabungan Keselamatan  Negara dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia.
Anggota NGO itu mempamerkan sepanduk yang "mendesak Anwar Ibrahim pohon maaf secara terbuka pada rakyat Malaysia di atas kebiadaban Anwar sokong Israel".
    
Mereka juga menyediakan satu kain rentang untuk orang ramai menurunkan tandatangan sebagai desakan agar Anwar memohon maaf.
    
Penganjur demonstrasi itu, Arman Azhar Abu Hanifah berkata perhimpunan itu merupakan satu inisiatif untuk mengambil tandatangan rakyat yang tidak sokong kenyataan Anwar terhadap Israel.     
    
"Kalau seminggu Anwar tidak meminta maaf, kita anggap ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya adalah kedutaan Israel secara tak rasmi," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu.
    
Beliau juga menegaskan pihaknya akan menyerahkan kain rentang yang mengandungi  tandatangan orang ramai itu kepada PAS Jumaat depan, jika parti itu tidak secara tegas menunjukkan pendirian mereka kepada rakan sekutu, PKR, berhubung sokongan kepada Israel itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.