Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR TAK LAYAK JADI PM ?

Jumaat, 30 Mac 2012

Ini Saja Cara Yang Ada Apabila Dah Hampir Nak Mati...

‘Anwar Tidak Layak Jadi Pemimpin Negara’. Itulah kenyataan terbaru Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sebelum ini juga sering terbaca di dada media kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno dipelbagai peringkat bahawa Anwar tidak layak jadi PM.

Secara psikologinya dengan menghubungkaitkan perkataan Anwar dan PM telah memberi isyarat bahawa kebimbangan paling kronik BN terhadap potensi Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Setelah 12 kali diadakan Pilihanraya Umum (PRU), isu Anwar menjadi PM atau pembangkang menguasai pentadbiran negara tidak pernah wujud.

Bagi para penganalisa politik maupun orang politik, agenda dan strategi politik Umno-BN amat mudah dibaca. Maklumlah setelah lebih 54 tahun menguasai negara. Skrip dan sejarah Umno tidak pernah berubah walaupun perlaksanaannya agak berbeza.

Secara rawaknya, apa yang ditakuti pemimpin-pemimpin Umno-BN akan diterjemah dalam bentuk menyerang atau menyalahkan pembangkang.

Lebih hebat dan kuat diserang menunjukkan itulah yang ditakuti atau cuba dihindari.
Mengapa Anwar di serang Menurut Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke yang pernah di temubual penulis suatu ketika dahulu menganggap tindakan menyerang Anwar disebabkan Anwar di lihat sebagai pencetus kesedaran rakyat terhadap kezaliman Umno-BN.

Selain itu menurut MP Rasah itu lagi, Anwar juga dilihat sebagai lambang kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Kata beliau, Karisma Anwar yang berjaya menyatukan PAS-DAP-PKR dalam PR telah memberi ancaman besar kepada dominasi BN yang telah menguasai negara sejak 54 tahun.

Kenyataan Loke tersebut memberikan pelbagai gambaran bahawa rakyat telah berjaya melihat suatu pilihan baru menerusi kuasa politik untuk menyingkirkan Umno-BN.

Cubaan menjatuhkan Anwar bermula sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM. Anwar cuba di singkir Dr Mahathir disebabkan tindakan Anwar yang lantang mengkritik beliau yang membantu anak-anak serta para kroni.

Dr Mahathir cuba mencari kesalahan Anwar berhubung apa-apa amalan kronisme atau rasuah setelah hampir lapan tahun Anwar berada dalam kerajaan. Namun tidak ditemui sebarang kes.
Sebagai langkah terakhir, Dr Mahathir terpaksa menyingkirkan Anwar menggunakan jalan tidak halal. Anwar di fitnah berhubung isu moral yang sengaja dicipta sehingga bekas timbalannya itu di penjara selama enam tahun.

Anwar dibebaskan ketika Tun Abdullah menjadi PM disebabkan beliau menyedari tindakan memenjarakan Anwar merupakan tindakan fitnah Dr Mahathir untuk menamatkan kerjaya MP Permatang Pauh tersebut.

Tindakan tersebut telah mengundang kemarahan Dr Mahathir yang amat sangat kepada Abdullah. Hinggakan setiap kenyataan Dr Mahathir hingga ke saat ini pun sering menyerang Abdullah dalam apa jua keadaan.

Selepas tamat PRU 12 lalu dan setelah Najib dipilih menjadi PM, Dr Mahathir turut mengambil peranan aktif membantu Najib.

Setelah menyaksikan kemampuan PR menguasai lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Najib dan Dr Mahathir mula merasakan gelombang kebangkitan reformasi  rakyat semakin aktif.

Andai ketika Di zaman Dr Mahathir rakyat bangun dan memprotes dijalanan kini di parlimen dan di media seperti blog, facebook, twitter dan media-media alternatif semakin galak mendedah pelbagai penyelewengan kerajaan.

Akhirnya mungkin di atas nasihat Dr Mahathir dan Penasihat Yahudi APCO, Najib cuba mengulangi skrip lama menyerang Anwar.

Pembebasan Anwar dari fitnah Liwat 2 ketika gerakan 901 lalu tidak terhenti disitu sahaja. Malah menjadi bertambah hebat.

Hinggakan tidak ada satu hari pun media-media milik kerajaan berhenti menyerang Anwar.
Begitu juga dengan media-media yang dahululunya menyiarkan bahan-bahan ‘fair story’ seperti Sinar harian juga tidak lagi bersifat sebagaimana sebelumnya.

Hal ini bukan suatu yang menghairankan kerana hampir setiap kali dekat PRU, pemimpin-pemimpin Umno-BN akan bertindak menaja beberapa muka surat di akhbar.

Apatah lagi keluaran Sinar Harian edisi Selangor. Setelah peruntukan RM2.71 bilion dari duit titik peluh rakyat diberikan kepada Umno Selangor, dana tersebut boleh diperguna untuk tujuan tersebut.

Kalau anda kurang yakin, cuba lihat Sinar Harian edisi Selangor sejak kebelakangan ini dari muka surat hadapan hingga muka surat tiga atau empat. Hampir kesemuanya menjurus ke arah menyerang atau memperlekeh kerajaan Pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perlu jua di ingat Anwar Ibrahim merupakan penasihat ekonomi Selangor. Memperkecil, memperlekeh atau menyerang kerajaan Selangor juga bertujuan menyerang Anwar secara halus.
Takut Dihakimi rakyat Rakyat juga telah bosan dengan amalan rasuah, kronisme, salahguna kuasa, ugutan dan sogokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN selama ini.

Selain itu kemampuan PR membongkar pelbagai penyelewengan berserta fakta-fakta sahih menjadikan Umno-BN semakin terdesak dan sukar melepaskan diri.

Penyelewengan yang berjaya dibongkar PR berhubung penyelewengan dana rakyat NFC berjumlah RM250 juta melibatkan seorang menteri yang juga Ketua Wanita Umno berjaya meyakinkan rakyat berhubung keupayaan PR.

Begitu juga dengan amalan kenyataan yang menjadikan bukti dan fakta membuktikan integriti serta karisma PR dilihat amat sihat dimata rakyat.

Sebagai jalan keluar Umno-BN cuba mencari jalan mencari kelemahan dalam kerajaan-kerajaan negeri PR namun kesemuanya bersifat tuduhan dan fitnah dan tanpa bukti. Akhirnya hanya retorik dan fitnah dijaja didada media milik kerajaan.

Katak-Katak mula beraksi Tindakan Anwar menyaman Utusan Malaysia awal Mac lalu sebanyak RM100 juta menjadikan akhbar tersebut semakin gelabah.

Tindakan saman tersebut mmberi kesan yang besar kepada integriti media tersebut. Sebelum ini beberapa kes fitnah oleh media arus perdana dimenangi oleh pemimpin PR Seperti kes Mahfuz Omar.

Sebagai jalan keluar, media tersebut cuba mendapatkan ‘katak-katak’ untuk menyerang kembali Anwar. Sebagaimana kebiasaannya katak-katak ini melemparkan retorik politik tanpa fakta.

Bagi katak-katak tersebut inilah masanya yang amat di nanti-nantikan kerana berpeluang untuk menarik perhatian Najib dan pemimpin-pemimpin Umno.

Ini juga peluang untuk membolehkan mereka dipilih oleh Najib untuk menjadi calon dalam PRU 13 nanti. Bagi Najib pula barang siapa yang ‘kuat’ menyerang Anwar, orang itu akan menjadi perhatiannya.

Hal ini di buktikan apabila bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor dan bekas rakan Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dilantik menjadi Senator setelah berpaling tadah dan bertindak menyerang Ketua Umum PKR tersebut.

Tindakan Najib ini telah mengundang kemarahan ramai pemimpin-pemimpin Umno yang telah lama berjuang dalam Umno namun tidak diberi perhatian.

Hal yang sama berlaku kepada ramai lagi katak-katak yang kebelakangan ini diberi ruang di media milik Umno.

Mengulas hal ini, Anwar dalam ucapan ketika di Malam Terakhir Konvensyen PR di Alor Setar lalu berkata “Barang siapa yang mengata atau mengaibkan saya ketika ini akan mendapat saham yang tinggi dari Najib.

Justeru tindakan bijak Anwar enggan melayan katak-katak ini telah menjadikan mereka semakin resah. Niat untuk menarik perhatian Najib serta pemimpin-pemimpin tertinggi Umno menjadi punah.

Alih Perhatian Berdasarkan fakta kewartawanan, tindakan media milik Umno yang menyerang Anwar bertali arus bertujuan mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan kepincangan dalam kerajaan.

Rakyat cuba di cuaikan dengan budaya fitnah, prono dan mengaibkan orang lain sebagai suatu pelarian yang tidak bermoral.

Tidak ada jalan lain yang dilihat oleh Najib dan pemimpin-pemimpin Umno termasuk penasihat Yahudi APCO selain mengaibkan Anwar di mata rakyat.

Negeri-negeri PR telah terbukti berjaya dalam pentadbiran baik di Selangor, Pulau Pinang , Kelantan dan Kedah.

Keempat-empat negeri ini merupakan empat negeri teratas penyumbang kepada kemasukan pelaburan asing (FDI) kepada Malaysia. Manakala Selangor pula menyumbang sebanyak 22 peratus dari pendapatan ekonomi negara.

Retorik kononnya berlaku pelbagai penyelewengan dalam kerajaan PR hanya merupakan momokan tak berasas yang dihidang oleh media milik Umno.

Sedangkan apabila dipinta bukti dan fakta pelbagai alasan kosong dikemukakan. Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar pernah pada awal Mac lalu menyatakan beliau memperoleh bukti berlaku penyelewengan pasir di Selangor. Justeru beberapa pemimpin PR mencabar beliau membuktikannya di sesi SELCAT. Namun beliau gagal untuk hadir memberi keterangan.
Media ikat tangannya kebelakang
Dalam konteks politik, PR sememangnya mengharapkan media arus perdana ini terus bersikap sedemikian. Ini disebabkan bukan sekadar amalan kebebasan media namun jauh dari itu.

Tindakan membiarkan media arus perdana tenggelam dalam arus dan mitosnya tersendiri menguntungkan PR. Bayangkan dengan adanya sembian saluran media eletronik, 27 saluran radio dan hampir 12 saluran media cetak harian Umno-BN sedang berada dalam keadaan tidak selamat dalam PRU 13 ini.

Sedangkan pembangkang dan PR hanya memiliki tiga saluran media cetak, Harakah, Suara Keadilan, Selangor Kini yang terbitannya seminggu sekali. Pun begitu penjualannya juga amat terhad hanya dibeberapa lokasi yang dibenarkan sahaja.

Manakala media eletronik pula sekadar dibeberapa sesawang alam maya yang diasaskan oleh individu yang simpati dengan perjuangan PR.

Selain itu kekangan media yang keterlaluan di kenakan kepada media milik PR. Setiap berita dan laporan perlu menyertakan bukti dan fakta yang benar dan tepat kerana sentiasa dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tersilap perkataan atau fakta, para editor akan dipanggil dan dipersoal. Penulis sendiri pernah dikenakan tindakan dipanggil oleh KDN walaupun tidak terdapat apa-apa kesalahan dalam penulisan tetapi sengaja cuba ditakutkan oleh KDN.

Sedangkan media milik Umno diberi sebegitu besar imunit. Gejala inilah yang menjadikan pengamal media pembangkang lebih matang dan mampu mengenalpasti kehendak dan permintaan rakyat dari pelbagai lapisan.
Pemimpin perlu jiwa yang besar Momentum rakyat yang mahukan keadilan dalam pelbagai isu termasuk menghalang budaya fitnah dan prono semakin menular. Malah rakyat juga faham tindakan menyerang Anwar bertujauan mengalih perhatian rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan penyelewengan dalam kerajaan.

Najib sendiri dalam kenyataannya berhubung isu kebocoran maklumat mesyuarat felda baru-baru ini membuktikan lagi keyakinan rakyat terhadap Umno-BN semakin susut.

Hinggakan segala maklumat sulit kerajaan dibocorkan oleh rakyat yang tidak sanggup lagi bersengkol dengan kerajaan yang melakukan pelbagai penipuan terhadap dana rakyat.

Rakyat juga tidak rela lagi diperbodoh dan menjadi kuda tunggangan pemimpin-pemimpin gila rasuah dan kronisme.

Rakyat sudah bosan dengan segala penipuan dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin Umno-BN yang telah lebih 50 tahun menipu rakyat.

Hakikatnya rakyat sudah ada pilihan untuk menggantikan Umno-BN dari terus bermaharajalele meratah khazanah negara.

Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja boleh menjadi PM walau pun isterinya tidak punya koleksi beg tangan puluhan pasang atau cincin berlian bernilai RM24 juta.

1 orang berkata:

Anonymous said...

kita hapus parti yang makan duti rakyat dibumi mlaysia ini jgn takut Allah bersama kita

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.