Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jenis lelaki lembut




Hishamuddin Baru Sedar Mengenai Keselamatan Ahli Politik.
Posted on Tuesday, March 27 @ 09:01:33 CDT by paktam
Oleh Ustaz Idris Ahmad

Kenapa sekarang baru Datuk Seri Hishamudin Hussin Onn  menyatakan ahli politik diminta lapor pada polis jika rasa terancam? Apakah beliau selaku Menteri Dalam Negeri tidak dimaklumkan atau memang beliau jenis Menteri yang tidak ambil kisah berkenaan dengan beberapa gangguan oleh samsing Umno yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.


Sekarang baru beliau bersuara,  Itu pun apabila kononnya  Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Wee Ka Siong hendak dipukul  pada 25/3/12 ketika beliau menghadiri perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina d Kajang.  Jika tidak kena kepada Dr Wee maka Hishamuddin masih tertidur dan tidak kisah apa anggota bawahan beliau buat..  
 
Di antara ceramah Pakatan Rakyat yang diganggu,  21 Januari 2012 ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun Kelang sehingga seorang cedera dan 11 Februari 2012 ceramah aktivis pelajar di Kampung Idaman Kelang. 

 Ceramah Tn Haji Mohd Sabu di Seremban, Rembau, Muar. Malahan ceramah Datuk Seri Anuar Ibrahim 19 Februari 2012 di Sembrong Johor kawasan Hisahamudin sendiri sehingga cermin kereta pecah. Begitu juga ceramah Anwar Ibrahim di ganggu di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah Melaka.

Sehingga kini ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh penyokong Umno BN d Melaka. Kenapa pihak polis tidak bertindak kepada samsing upahan Umno? 

Mereka lakukan ini sebagai provokasi untuk menguji penyokong Pakatan Rakyat. Kita bimbang jika perkara ini berterusan ia akan memberi suasana yang tidak baik di dalam iklim politik di negara ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.