Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAPAK WARISAN NEGARA/DUNIA

Permatang Kuarza Genting Klang Dijadikan Tapak Warisan Dunia

257 views
 

SHAH ALAM, 26 MAC: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerja peringkat negeri untuk mengkaji Permatang Kuarza Genting Klang (PKGK) sebagai Tapak Warisan Negara dan Dunia.

Menurut kenyataan media Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong hari ini Kerajaan Selangor telah meluluskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Kerja Peringkat Negeri pada 14 Disember 2011.

“Jawatankuasa ini bertujuan untuk mengkaji Permatang Kuarza Genting Klang (PKGK) sebagai Tapak Warisan Negara dan Dunia,” demikian menurut kenyataan media

Jawatankuasa yang ditubuhkan itu turut membabitkan pelbagai agensi-agensi kerajaan. “Jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Pejabat Tanah Gombak dan Jabatan Perhutanan Selangor.

“Agensi lain yang terlibat dalam jawatankuasa itu ialah Lembaga Urus Air Selangor, Perhilitan, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan lain-lain,” menurutnya.

“Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mewartakan TNS untuk fasa 1 seluas 91,144.5 hektar mengikut seksyen 10(1)(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

“Pada mesyuarat pada 15 Disember 2011, jawatankuasa tersebut telah bersetuju supaya pencalonan PKGK sebagai Tapak Warisan Dunia perlu dimulakan dengan saintifik bagi mengenalpasti fakta-fakta saintifik atau ‘Outstanding Universal Value” di kawasan PKGK.

Selain itu menurut kenyataan itu lagi, beberapa agensi kerajaan lain juga didapati telah mewartakan kawasan PKGK di dalam bidang kuasa masing-masing.

“Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mewartakan TNS untuk fasa 1 seluas 91,144.5 hektar mengikut seksyen 10(1)(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

“Terdapat juga pelbagai warta lain di PKGK dan kawasan sekelilingnya termasuk warta di bawah Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Perhilitan,” menurut kenyataan itu lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.