Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAMPAKNYA RAKYAT TAKKAN BERUNDUR

ANUAR MEMANG BAHAYA PADA UMNO


70,000 banjiri Terima Kasih Rakyat Selangor
Posted on Monday, March 26 @ 07:38:02 CDT by paktam
 
KUALA SELANGOR, : Lebih 70,000 kehadiran dicatatkan sepanjang dua hari program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini yang berakhir semalam.

Paling ramai dicatat malam tadi pada majlis ceramah rapat rakyat dengan anggaran 20,000 orang yang hadir terdiri dari pelbagai kaum.

Mereka hadir bagi mendengar ceramah yang menampilkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ceramah malam tadi bagaimanapun dilihat sedikit berbeza dari biasa. Bukan kerana diselangi persembahan kebudayaan dan nyanyian koir sebelum setiap penceramah mengambil pentas, tetapi mood yang dibawa penceramah.

Abdul Hadi yang tidak berapa sihat mengambil giliran pertama berucap malam tadi.

Biarpun sekajap, hanya berucap sekitar 15 minit, tapi beliau sering mendapat sorakan tidak putus-putus dari hadirin setiap kali menyentuh perkara yang menjelaskan perbezaan ketara antara Pakatan Rakyat dan BN.

Antara yang disentuh termasuk soal perkauman dalam BN berbanding Pakatan yang lunak dan menigiktiraf kepelbagaian kaum di negara ini.

Dihujung ceramahnya juga, presiden PAS itu sempat mengusik hadirin dengan lawak selambanya yang kononnya bercakap dalam nada seorang perdana menteri.

"Saya tak sihat dan nak undur diri dahulu sebab baru balik dari luar negara dan terus diatur pusing satu Malaysia. Semalam di Kedah sebelum tu ke negeri lain dan hari ni Selangor.

"Bila habis pusing seluruh negara, saya akan umum tarikh pilihan raya," selorohnya sekaligus meriuhkan suasana.

Begitu juga dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang memberitahu akan membawa 'mood perang' sepanjang ceramahnya akan datang sebagai berdepan pilihan raya.

Memegang mikrofon weireless tanpa rosterum ala kempen parti AK di Turki, beliau menggunakan ruang pentas sepenuhnya untuk menarik perhatian para hadirin.

"Kita kena berada di nada ini. Ini mood kita berdepan Umno BN pada pilihan raya ini," katanya menjustifikasikan gaya ucapannya malam tadi.

Sepeti biasa juga, tidak sah kalau ceramah Anwar tidak diselitkan dengan nyanyian spontan beliau.

Malah malam tadi beliau turut menyeru seluruh rakyat mempopularkan rangkap lagu 80-an Indonesia iaitu Madu & Racun.

"Madu ditangan kananmu (Pakatan), Racun ditangan kiri mu (BN).

"Aku dah tahu yang mana akan menjadi pilihan ku," katanya bernyanyi sambil diikuti para hadirin.

Selain itu beliau turut menyentuh beberapa janji Pakatan Rakyat sebaik mengambil alih Putrajaya termasuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain PTPTN, beliau turut mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan kadar tarif elektrik.

Terdahulu, karnival dua hari anjuran Kerajaan negeri itu adalah sempena meraikan Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor.

Antara lain, program tersebut turut menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.