Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Kasih dan sayang langkaui sentimen tiga jalur
Posted on Sunday, March 04 @ 16:30:37 MYT by paktam

Oleh LIM HONG SIANG

 TSUNAMI politik 8 Mac 2008 seolah-olah mencetuskan letupan perasaan yang selama ini terpendam dhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYPWAzA_s0EIwvln3NlZtw-XWBslpRDhp_1cJ1Fy86J-TTGDl2LRuD0T9F15MVz7p3LEAGuykTsZdpDqvbs9vLEjVK5IRRNxZiWRkDooMZ-Sjb98pr10F6Jbp2gKSiAQ07kgOMyAq8RmRH/s320/pilihanraya.jpgalam hati. 


Masyarakat Cina, sungguhpun dilihat hanya berani menunjukkan pendirian politik dengan undi, kini meronta-ronta membebaskan diri daripada traumanya. Ketakutan untuk turun ke jalan raya semakin terhakis, khususnya selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Sekali imbas, gerakan Reformasi di tanah air meledak hampir serentak dengan Reformasi di Indonesia - yang malangnya memangsakan komuniti Cina di situ ketika itu.
 
Justeru, dari kaca mata komuniti Cina, demonstrasi jalanan akan berakhir sebagai tragedi, apatah lagi ditakut-takutkan dengan "penubuhan Negara Islam" ketika itu. Dan jangan mudah kita lupa, serangan pengganas pada 11 September 2011, sedikit sebanyak telah mencelarukan lagi suasana di Malaysia.

Malah, ia harus difahami dalam konteks media bahasa Cina ketika itu. MCA mengambil alih syarikat akhbar Nanyang Holdings pada 28 Mei 2001, menjurus kepada ruang kebebasan bersuara yang semakin menyempit.

Kepelbagaian tidak mendapat tempat dalam ruang wacana arus perdana. Maka minda masyarakat berbahasa Cina terkurung dalam dunianya sendiri. Saya masih ingat Presiden MCA ketika itu menafsir gerakan Reformasi sebagai “masalah Melayu".

Senario ini hanya berubah apabila ruang internet diterokai untuk menampung kepelbagaian suara dan pandangan. Masyarakat Cina didedahkan dengan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat Melayu khususnya, dilakarkan gambaran setepat yang mungkin, untuk difahami secara mendalam. Saya yakin usaha ini berhasil, menyaksikan beberapa perubahan yang berlaku kebelakangan ini.

Apabila kejadian berdarah membuka tirai tahun 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), seorang suri rumah tangga yang mengetahui insiden ini melalui Facebook, memesan kawannya untuk memberikan sejambak bunga kepada aktivis siswa, Safwan Anang bagi pihaknya. Sebagai seorang ibu, beliau menghargai perjuangan Safwan dan rakannya demi generasi akan datang. Beliau yang juga seorang penulis, menyedari bahawa perjuangan anak-anak muda ini akan mengembalikan keberanian dan semangat setiakawan yang harus ada dalam jiwa setiap insan, yang kini gagal disemai dengan sistem pendidikan sedia ada, khususnya dengan kemunculan Auku.

Mungkin untuk kebanyakan orang, kaum ibu/suri rumah tangga hanya mengambil berat tentang kari-rendang dan kain lampin anak. Ya, sesungguhnya ibu tersebut juga jatuh ke dalam golongan ini, namun beliau berkongsi idealisme yang diperjuangkan oleh mereka. Dari luahan hatinya di Facebook, saya rasakan bahawa beliau terharu dengan pengorbanan mereka.

Hal ini berulang apabila belasan OKT dijatuhkan hukuman kerana menyertai perhimpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009. Sebaik sahaja keputusan hakim diumumkan, ibu ini dengan segera menyeru agar kawannya di Facebook menderma untuk membayar denda OKH (Orang Kena Hukum) tersebut. Beliau tidak sampai hati melihat mereka yang berjuang untuk pemansuhan akta zalim meringkuk dalam penjara, walaupun satu hari. Saya melihat perkembangan ini sesuatu yang menarik, dalam konteks politik dewasa ini.

Menarik apabila masyarakat Cina yang dulunya dibelenggu trauma demonstrasi jalanan, kini bukan saja generasi mudanya sanggup turun ke jalan raya, tetapi golongan menengah, dari segi usia mahupun kemampuan ekonomi – mengiktiraf perjuangan tersebut. Mereka tidak sempat kembali semula menyertai demonstrasi jalan raya sebelum 709, tetapi mereka sanggup menyumbang kepada pejuang di jalan raya untuk menebus ketidaksampaian itu.

Trauma 1998 di Indonesia yang menambat langkah masyarakat Cina ke jalan raya, semakin longgar dengan berlalunya masa.

Pada masa yang sama, propaganda bahawa "Cina peralatkan Melayu" tersebar luas di kalangan masyarakat Melayu – kononnya kaum yang cerdik berilmu hisab ini, hanya mahu menuai hasil dengan memperkudakan Melayu ke jalan raya. Mereka yang termakan dengan propaganda ini, mungkin menambat langkah perubahan dengan kemusykilan yang berlegar-legar di otak - di ambang rakyat mencipta sejarah.

Selama 55 tahun Perikatan dan Barisan Nasional berjaya dengan model ini. Melayu dan bukan Melayu saling ditakutkan dengan perubahan masingmasing – yang berakhir dengan hasilnya dituai Umno-BN.
Namun, model ini mungkin mujarab pada zaman dulu, barangkali dicabar pada zaman kini, tetapi pasti tidak akan berkekalan selama-lamanya.

Ini kerana kebenaran, keadilan dan kemanusiaan bakal menjalinkan kesemua kita. Safwan diberikan sejambak bunga oleh seorang ibu Cina apabila dicederakan; OKT demonstrasi anti-ISA diberi sumbangan derma oleh suri rumah tangga Cina, yang menghayati perjuangan mereka.

Jurang dan batas antara Melayu dengan bukan Melayu mungkin melebar kerana kurangnya kefahaman kita lantaran perbezaan bahasa, tetapi kasih dan sayang yang bercambah dalam hati, bakal menjalinkan kita semula.

Golongan bukan Melayu ini mungkin tidak hangat sentimennya untuk pertahankan Islam, Melayu dan Raja, tetapi mereka pasti terharu dengan pengorbanan pejuang kebebasan akademik dan pemansuhan ISA. Kasih dan sayangnya terhadap kebenaran dan keadilan, melangkaui tiga jalur ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.