Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS lantik 5 'driver' untuk Kedah

Pas Pusat hari ini melantik lima anggota baru jawatankuasa pemandu yang berperanan sebagai pemantau perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Pas bagi mengelakkan krisis yang melanda kepimpinan Kedah baru-baru ini berulang.

Antara yang akan menganggotai jawatankuasa itu ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali;Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Pengarah Pilihan raya Pas Perak, Asmuni Awi.

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Halim Abdul Rahman merupakan pengerusi jawatankuasa pemandu tersebut.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Mustafa dalam satu sidang media pada petang tadi.

Mustafa berkata, ahli jawatankuasa yang dilantik tidak mempunyai sebarang kuasa atau jawatan tertinggi di mana-mana negeri.

Beliau berkata, ia hanya bersifat penasihat dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat terutamanya menjelang pilihan raya yang akan diadakan bila-bila masa.

"Jawatankuasa ini adalah khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya dan semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti.

"Namun begitu penubuhan jawatankuasa pemandu ini tiada kaitan untuk ambil alih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri,” kataMustafa.

Mustafa menambah, mengaktifkan semula jawatankuasa berkenaan berikutan terdapat keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.

"Jawatankuasa ini juga bertindak memberikan pandangan dalam mencapai perlaksanaan manifesto Pas kepada rakyat," katanya.

Pas menubuhkan jawatankuasa pemandu ini pada tahun 1990 selepas menawan Kelantan.

Keperluan jawatankuasa itu timbul ekoran kemelut kepimpinan Pas Kedah baru-baru ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.