Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pas tidak seriang dulu
Posted on Monday, March 12 @ 01:25:16 CDT by tokdalang
Oleh TAN SRI ABDULLAH AHMAD

Temu janji dengan beberapa pemimpin tertinggi Pas minggu lepas tidak jadi sebab krisis politik dalaman kerajaan Pas Kedah. Saya mafhum. Semoga akan berlaku dalam masa terdekat - sekembali saya dari Hong Kong atau masa sesi Parlimen bulan ini.Pandangan rakyat terhadap Pas sebelum kemelut rebutan kuasa di Kedah tinggi.

Pas dianggap - kena pada tempatnya - satu organisasi yang hampir monolitik walaupun besar. Kehadirannya menyeluruh. Hanya Umno sahaja mengatasinya.

Pada amnya - bukan satu legenda - ahli dan pemimpin Pas apa yang digelar sebagai Islamis Melayu berdisiplin, patuh dan taat kepada perjuangan matlamat ummah Melayu dan Islam. Kepentingan puak dan individualisme walau apa berlaku pun umumnya tidak timbul dalam Pas seperti cendawan yang lumrah berlaku dalam parti sekular.

Keributan pertikaian antara Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak dan Amiruddin Hamzah dengan dua orang kuat Pas Negeri iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh - walau nampaknya selesai sebenarnya tidak, terus wujud tuduh menuduh; terus berbalah - telah mematikan mitos Pas kebal, bertertib, parti dan jihad mendahului segala-galanya.

Api permusuhan nampaknya masih merebak. Sesungguhnya ALLAH SWT mengasihi orang yang berjihad untuk agama Islam, dalam jemaah yang teratur, berdisiplin seolah-olah mereka bagai kota yang kukuh. Sejarah kebangkitan perjuangan Islam semenjak 1951 (apabila Pas ditubuhkan, serpihan daripada Umno yang direstui) membanggakan.

Dedikasi Islamis Melayu walaupun tersungkur beberapa kali - bangun, jatuh dan bangun lagi - di Kelantan dan Terengganu khasnya adalah contoh yang harus jadi ikutan ummah Melayu Islam dalam segala perjalanan hidup. Pas Kedah baru mulai mengalami pahit maung apabila tuntutan yang nampaknya berkisar kepada individu mengenakan desakan; bila persaudaraan dan matlamat bersama tidak lagi di mercu perjuangan.

Umno Kelantan tidak putus harapan merampas kerajaan Pas dalam Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13). Umno Kedah nampaknya kalau kena letak calon lebih cerah berpeluang menumpaskan kerajaan Pas Kedah yang baru satu penggal tetapi telah dilanda krisis amat memalukan ummah Islam Melayu.

Pas Kelantan sudah pun lebih dua dekad di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz mentadbir negeri Kelantan tanpa interupsi atau kacau-bilau menjadikan Kelantan bagai wadi yang damai. Saya ingat Pas Kedah sebelum sengketa ini kuat dan kukuh. Kalau tidak pun masakan tidak dapat bertahan (tidak berlaga) sehingga selesa PRU13? Jika Umno Kedah gagal mengambil kesempatan kemelut yang tiba-tiba jatuh di atas riba mereka masa depan Umno Kedah saya tidak terperanjat akan serupa dengan Umno Kelantan.

Tanggungjawab Azizan dan pentadbirannya harusnya berakar umbi pada realpolitik yang wujud dalam wilayahnya. Kedah sungguhpun majoriti Melayu Islam tidak boleh disamakan dengan Kelantan. Majoriti Melayu Islam di Kelantan lebih besar dan tinggi daripada di Kedah. Kelantan tidak ada pulau Langkawi, pusat pelancongan antarabangsa, tidak ada Kulim - Bandar Baru, Sungai Petani, Jitra.

Saya percaya pentadbiran Azizan cuba melakukan perancangan dan pembangunan seperti juga Perdana Menteri Najib Razak dengan niat mengutamakan kehendak rakyat dan kesempurnaan rukun hidup mereka. Terpenting Azizan sedar Pas dan parti Pakatan Rakyat di Kedah hanya ada enam orang sahaja majoriti dalam Dewan Negeri Kedah.

Pas Kelantan mentadbir negeri Kelantan secara mutlak kerana mempunyai lebih daripada dua pertiga undi. Jadi tidak wajar, tidak bijak bagi Azizan - walaupun itulah hasratnya - mahu menjalankan pentadbirannya ala-Kelantan seperti dituntut penentang-penentangnya. Pas Kedah ada DAP dan PKR bersekongkol dengannya. Pas Kelantan 100 peratus Melayu Islam.

Apa pun, siapa salah, siapa benar antara kem Azizan dan geng Phahrolrazi sudah jadi soalan kedua; sudah jadi akademik. Kedua-dua tokoh itu patut menyesal kerana telah merosakkan imej Pas yang sebelum itu baik walaupun tak baik.

Tindakan mereka menguntungkan Umno Kedah sebab dalam sekelip mata sahaja tradisi lama Pas iaitu permuafakatan, ijtimak, bertukar kepada politik polarisasi dan konfrontasi; satu warisan yang hodoh, satu tauladan yang jelik. Pas kan parti Islam!

Kesimpulan saya yang sementara adalah seperti dibisikkan ke telinga saya oleh Speaking: “It is the beginning of the end of the Pas State Government...” Maksudnya kejatuhan kerajaan Pas sudah bermula. Benarkah hari menanti tumbangnya kerajaan Pas Kedah? Sama-samalah kita menunggu benar atau tidak, tidak lama lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.