Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Projek: BN ‘sapu’ wang rakyat?
Posted on Wednesday, March 07 @ 11:02:55 CST by paktam
Oleh SELENA TAY 

Orang bersajak, saya berpantun, Wang rakyat semuanya BN balun.

SEPULUhttp://media1.malaysiakini.com/440/d0dd6ad81e956337a4a4b9d3491c5e86.jpgH peratus daripada gaji pekerja sektor swasta akan ditolak setiap bulan untuk dicarum kepada skim kesihatan yang bernama 1Care. Buat masa ini tidak banyak liputan perihal 1Care yang diberi oleh media arus perdana. Ini disebabkan kerajaan BN tahu rakyat akan membantah jika rakyat tahu butiran lanjut mengenai skim ini.


Selain itu, Menteri Kesihatan daripada MCA, Liow Tiong Lai nampaknya tidak berapa mahu memberi maklumat ataupun penerangan lanjut berkenaan skim 1Care ini apabila ditanya oleh ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching daripada DAP.
 
Seorang rakan penulis yang bekerja sebagai penjaga stor berkata, "Apa ini BN, hello? Tangan kanan beri RM500 tetapi tangan kiri rampas lebih daripada itu. Bayangkanlah, gaji saya setiap bulan ialah RM1,300 dan dalam masa setahun sebanyak RM1,560 akan dipotong daripada gaji saya untuk skim ini. Lagipun untuk mendapat manfaat skim ini, orang harus jatuh sakit dulu tetapi siapa yang mahu jatuh sakit?" katanya dalam nada suara yang marah.

Memang tidak syak lagi bahawa skim ini adalah satu cara kerajaan BN mencungkil wang dari saku rakyat dengan menggunakan kaedah yang sah yang bakal akan diluluskan oleh undang-undang nanti. Ini jelas menunjukkan bahawa pemberian wang tunai RM500 daripada kerajaan BN itu tidak ikhlas sebab ia akan disusuli oleh satu muslihat untuk mendapatkannya kembali dan jumlahnya lebih banyak daripada itu pula.

Oleh itu, Perdana Menteri,Najib Tun Razak bolehlah digelar sebagai 'Perdana Menteri Skim' sebab beliau mempunyai terlalu banyak idea untuk mewujudkan pelbagai jenis skim berbanding Perdana Menteri-Perdana Menteri yang sebelumnya.

Lagipun wang RM500 daripada projek BR1M itu ialah wang rakyat yang dikutip daripada rakyat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) iaitu wang rakyat digunakan untuk bantu rakyat tetapi cara kerajaan BN mempromosikannya, RM500 itu seolah-olah ialah wang orang BN - lembu punya susu, sapi dapat nama.

Mengenai isu lembu pula, diharap rakyat tidak akan diperlembukan lagi apabila tiba masa untuk mengundi nanti, bak kata pantun 2-rangkap dibawah ini berserta dengan balasannya:
Nampak hantu, nampak jembalang,
Projek sapu wang rakyat - siapakah dalang?
Nampak hantu, terus jatuh pengsan,
Projek sapu wang rakyat - dalangnya ialah Barisan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.