Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Strategi Umno peralat Hasan Ali serang PAS
Posted on Wednesday, March 14 @ 21:00:00 CDT by paktam
Oleh AZIZ MUDA 

http://penyokongpas.files.wordpress.com/2012/02/hasan_ali.jpg DISEBABKAN terdesak, Umno- BN kini mempergunakan sepenuhnya khidmat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali untuk menyerang PAS, bagi mempengaruhi rakyat agar tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti.


Dalam program-program yang dianjur, Hasan didapati berusaha keras membangkitkan pelbagai isu yang diada-adakan untuk mencemarkan imej PAS dan menimbulkan ketegangan kaum, dengan melakukan serangan pemikiran terhadap orang ramai menerusi kepetahannya berucap dan bercakap.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berkata, usaha tersebut didapati dilakukan dengan begitu tersusun dan padu oleh Hasan dengan pembantu-pembantu tajaan Umno.

“Antara strategi yang digunakan termasuklah mendakwa Pakatan Rakyat akan menjadikan negara ini sebagai republik jika menang pilihan raya nanti.

“PAS sekarang sudah hilang matlamat perjuangannya, PAS diperalatkan DAP dan PAS kahwin dengan DAP.

“Benar tak benar apa yang dikatakan oleh beliau dan pembantupembantunya itu bukan lagi menjadi perhitungan kepada Dr Hasan dan para pengikutnya.
“Yang penting baginya, orang ramai tak sokong PAS pada PRU13 ini, tapi sokong Umno,” katanya 

Selain mengadakan program, menurut Saari, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor itu juga didapati turut ke kedai-kedai kopi bagi menyempurnakan matlamatnya, dengan tumpuan utamanya sekarang di kawasan Dun Gombak Setia, Hulu Kelang, di kawasan Dun-Dun PAS lain serta kawasan Melayu.

“Bagi PAS Selangor, apa yang dilakukan oleh Dr Hasan itu tidak boleh dipandang mudah. Jadi, PAS Selangor juga terpaksa turut mengadakan program, ceramah dan majlis penerangan khas bagi menjelaskan perkara sebenarnya kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan apa yang dikatakan Hasan itu,” tegas beliau yang juga Adun Hulu Kelang.

Untuk tujuan itu, tambah Saari lagi, PAS Gombak telah pun menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau ceramah, ucapan dan segala isu yang dibawa oleh Hasan pada setiap program dan pertemuannya dengan orang ramai, bagi memudahkan PAS memberikan penjelasan kembali kepada akar umbi, kelompok tertentu dan orang ramai.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.