Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, March 15

TERHOT: Mangsa terbaru UMNO Selangor...

‘Saya jadi mangsa pemimpin ternama Umno Selangor’

Hairulhizam Ishak, anak Jamariah mempamerkan dokumen mahkamah antara syarikat Score Option dan GASB 

SHAH ALAM 13 Mac: Seorang usahawan wanita Jamariah Baharum tidak menyangka kerjasama antara syarikatnya Score Option Sdn Bhd dengan sebuah syarikat yang dimiliki Bendahari Umno Selangor Datuk F D Iskandar, Glomac Alliance Sdn Bhd (GASB) berakhir dengan kegagalan.

Jamariah mendakwa perjanjian kerjasama membangunkan 90 ekar tanah miliknya di Puchong itu sepatutnya menghasilkan pulangan keuntungan berjumlah RM 47 juta. Bagaimanapun, bayaran yang diperolehi tidak sampai setengah daripada itu apabila GASB tidak mahu mematuhi perjanjian asal.

“Datuk Iskandar (CEO GASB) sepatutnya mengikut peraturan. Dalam perjanjian yang saya tandatangani dengan syarikatnya, GASB harus menyiapkan projek perumahan di tanah milik saya dalam tempoh 54 bulan bermula dari tarikh kerjasama itu pada Januari 2003.

“Tetapi sehingga Januari 2010, hanya 102 unit sahaja yang dibina. Sedangkan mengikut pelan pembangunan, GASB perlu membina lebih kurang 800 unit.

“Akibatnya, saya tidak mendapat wang yang sepatutnya saya terima. Saya hanya dibayar RM11 juta sepanjang tempoh 2003 hingga kini,” katanya kepada Suara Keadilan.

Menurut Jamariah lagi, GASB bukan sahaja gagal membayar secara bulanan kepada syarikatnya. Sebaliknya, pada 2005 syarikat itu menghantar penyata tuntutan sebanyak RM15 juta. GASB mendakwakan tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada tuan tanah untuk memudahkan kerja-kerja pembinaan.

“Dia kata projek susah untuk diteruskan kerana terdapat klausa yang tidak dimasukkan dalam perjanjian kerjasama. Saya membantah, ketika syarikat Datuk Iskandar menandatangani perjanjian (2003) beliau tidak mempertikaikan klausa itu, tetapi bila saya minta projek itu dibuat mengikut jadual, timbul perkara baru,” sambungnya.

Sehubungan itu, menurut Jamariah, GASB memohon syarat baru pembayaran kepada Maybank, bank yang menguruskan hartanah tersebut. Pihak bank menolak. Pada 2007, GASB mengambil tindakan mahkamah.

Pengarah Eksekutif Maybank, Datuk Mohd Hussein menjadi orang tengah mendapatkan penyelesaian di luar mahkamah. Satu rundingan dibuat antara Jamariah dan Iskandar.

“Dalam rundingan itu Datuk Iskandar bersetuju bayar saya lebih daripada RM47 juta . Dia berjanji akan beri RM50 juta.

“Saya setuju untuk berdamai dan menandatangi surat kebenaran kepada GASB menguruskan sijil layak menduduki (CF) ke atas unit-unit rumah yang terjual. Tetapi kemudian apabila hasil persetujuan itu didokumentasikan beliau memberitahu Lembaga Pengarah syarikat tidak bersetuju.

“Baru saya sedar, tawaran berdamai adalah usaha bagi memperolehi persetujuan saya menandatangani dokumen mendapatkan sijil layak menduduki,” dakwa Jamariah.

GASB akhirnya menang saman ke atas Score Option Sdn Bhd pada 2008. Jamariah dilarang untuk mencampuri urusan pembangunan tanahnya.

“Dia menggunakan kelemahan saya sebagai pemilik tanah yang tidak ada kedudukan. Saya ingin bertanya undang-undang apakah yang diamalkan di negara ini sehingga tuan tanah dilarang masuk ke tanahnya sendiri,” luah Jamariah yang juga veteran Umno dan suatu ketika pernah mempunyai hubungan baik dengan bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz.

Datuk FD Iskandar disebut-sebut sebagai bakal ‘Menteri Besar’ Selangor andainya BN berjaya mengambi alih negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.