Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Umno dikala naik Sawan
Posted on Saturday, March 10 @ 23:36:09 CST by paktam

Oleh Saiful Bahri
Nampaknya kini barulah rakyat tahu kuasa mereka. Hari ini kerajaan pimpinan Umno-BN terpaksa mengalah dengan tuntutan rakyat. Itupun kerana kuasa mereka diparlimen yang tak sampai 2/3. Apatah lagi asakan pakatan Rakyat menyebabkan Umno-BN kini berada dipenjuru gelanggang.


Setelah 55 tahun Umno memerintah selepas merdeka, barulah rakyat kini mengecapi sumbangan maupun apa yang dikatakan pembelaan kerajaan. Pelbagai tawaran dan pemberian kini ditawarkan. Itu semua bagai gula-gula untuk memastikan rakyat mengundi mereka. Dari duit pelajar Rm100, duit buku mahasiswa IPT sehinggalah duit Br1M Rm500. Sejauh mana rakyat termakan umpan yang ditabur Umno-BN?

Tawaran Buku-Jingga menjadi berhantu. Ia menjadi pendesak kerajaan untuk mengembalikan kekayaan Negara kepada rakyat. Tawaran kepada guru kenaikan RM500 telah menyebabkan pemimpin kerajaan menjadi gelabah. Desakan terhadap kenaikan gaji kakitangan menyebabkan SBPA terpaksa dibatalkan dan SSM diguna semula dengan kenaikan 7-13% yang menelan bajet RM 6 billion. Walaupun ketika mengumumkan itu wajah PM yang amat sugul dan tidak ceria tetapi terpaksa tindakan itu dilakukan juga bagi menggula-gulakan 1.4juta kakitangan kerajaan agar mengundi Umno-BN.

Rasanya inilah masa terbaik bagi Najib mengumumkan pilihanraya… jangan sampai timbul lagi isu-isu lain yang menenggelamkan watak populis PM ini. Masing-masing kini hanya menunggu siapakah calon-calon winnable pilihan Najib. Tidak ketinggalan di Terengganu. Kalau tersalah Najib letak calon nescaya balik awallah Umno-BN. Team manakah yang akan naik? Puok Mat Said ke atau Puok Deris Jusoh? Kita tengoklah bagaimana tarian mereka nanti.

Pas seperti biasa meneruskan kerja-kerja persiapan PRU-13 dan mengadakan penerangan perjuangan yang dibawa Pas. Pas memperjuangkan dasar parti yang dibawanya dan membina kekuatan atas kekuatan yang dibina serta sokongan ahlinya dan bukannya atas kelemahan musuh. Sebab itu Pas masih lagi bertahan hingga kini. Perjuangan Pas nampaknya semakin diterima. Bukan hanya dikalangan orang melayu, orang bandar tetapi juga masyarakat cina yang secara terang-terangan memberi sokongan kepada Pas.

Umno kini merasai bahawa kekuatan serta pengaruh mereka semakin tercabar. Akibatnya mereka mengambil tindakan yang semakin tidak rasional. Nampaknya Umno seperti orang kena rasuk. Apabila Tok bomoh dah jampi dan kenyekkan lada hitam… hah! Macam naik sawan dibuatnya.

Mereka bimbang kalau fitnah mereka selama ini terhadap PR terbukti tidak benar. Mereka cuba menghalang agar rakyat tidak mendapat dan mendengar penerangan yang disampaikan oleh pihak Pas. Terbaru bagaimana Umno-BN di Dun Paka yang semakin terdesak.Isu rampasan tanah Sekolah Agama Darul Bayan di jalan Santong Paka makin menjerut mereka. Rakyat semakin tahu kezaliman mereka. 
 
Dua perarakan bantahan yang diadakan mendapat sokongan masyarakat yang ramai. Pertamanya ditapak sekolah ke pejabat Adun Paka yang menyebabkan beliau terpaksa bersembunyi di Residen Resort dan yang terbaru demontrasi bantahan di Bandar Dungun ke Pejabat Tanah Daerah untuk menyerahkan memo bantahan tersebut walaupun Pegawai Daerah dikatakan bercuti. Memo diterima oleh Penolong Pegawai Daerah. Rakyat mula memperkatakan kezaliman tindakan pemimpin Umno-BN ini.

Hari ini mereka terpaksa menjawab disetiap perasmian mesyuarat agung PIBG sekolah-sekolah di seluruh Dun Paka. Mereka memfitnah semasa ceramah penyampaian wang BR1M Rm500. Mereka tidak berani berhadapan dan bersemuka. Jemputan Debat Rakyat dihantar kepada pihak Adun tetapi malangnya tawaran debat terbuka isu rampasan tanah itu sehingga ke hari ini tidak disambut oleh Adun Paka maupun Ahli parlimen Dungun sendiri. Mereka lebih suka memilih jalan yang bukan demokrasi.

Ketika Pas Dun Paka nak mengadakan ceramah di Kuala Paka yang sebahagian penduduknya dikalangan orang cina dengan mengundang penjelasan oleh Ng Chai Hin selaku Pengerusi DAP Terengganu dan YB NG Swee Lin iaitu Adun Sekinchan, pihak Umno Cawangan Kuala Paka telah membuat report polis supaya membatalkan ceramah anjuran Pas tersebut. Walupun usaha mereka itu gagal tetapi nampak bagaimana mereka mula takut kepada sokongan masyarakat terhadap Pas.

Terbaru apabila pihak Pas Dun Paka dengan kerjasama Ngo ANAK Dun dan ANAK Terengganu mengadakan taklimat terhadap peneroka serta anak-anak mereka tentang isu-isu Felda mereka juga turut mengadakan program untuk menghalang agar peserta tidak hadir ke program Pas. Mereka mengupah RM20 seorang kepada anak muda agar berkonvoi motosikal untuk menganggu program anjuran Pas. Hasrat mereka itu digagalkan oleh pemuda dan penyokong Pas.


Apabila ceramah perasmian ANAK Terengganu di Felda Kerteh dua pada malam tersebut oleh Pengerusi ANAK Malaysia iaitu sdr Mazlan Aliman dan TG Presiden Pas sendiri, mereka juga turut mengadakan ceramah ditempat berhampiran agar dapat menghalang program Pas berjalan dengan baik tetapi Alhamdulillah sambutan masyarakat setempat amat menggalakkan sekali bahkan pada hari taklimat itu sahaja lebih 200 anak-anak peneroka mendaftar sebagai ahli ANAK. 
 
Empat ekor lembu ditumbangkan sempena hari tersebut dan ini benar-benar menyebabkan Umno-BN naik sawan kerana mereka tahu bahawa gugusan Felda adalah tali-hayat mereka dan kalau mereka berani membuat perubahan jawabnya sayonaralah Umno-BN.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.