Kabinet bayangan: PR mahu ambil sikap realistik?
3 Oktober 2012
ANALISIS - Sama ada mengelak atau mahu terus merahsiakan strategi
mereka untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),
Pakatan Rakyat hakikatnya tidak dapat menafikan “tempat duduk” pimpinan
kanan mereka di Putrajaya sudah dibincangkan di peringkat tertinggi.
‘Pandangan peribadi’ Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei misalnya bersabit 20 pimpinan kanan dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpotensi bakal dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, menunjukkan bahawa nama-nama tertentu sudah dikenal pasti.
Tambah meyakinkan, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sendiri memberitahu Sinar Harian, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin meninggalkan negeri yang ditadbirnya selama sepenggal ini sekiranya PR berjaya menakluk Putrajaya pada PRU13.
Menurut beliau, prestasi baik yang ditonjolkan oleh Khalid dalam mengepalai Selangor menjadi antara faktor beliau layak menduduki senarai barisan menteri kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat kelak.
“Keputusan berkenaan kemungkinan dibuat dengan menggabungkan pelbagai kemahiran dan keupayaan untuk memastikan pentadbiran negara berjalan lancar,” ujar beliau.
Bagaimanapun katanya, tidak ada siapa pun boleh menentukan kedudukan Khalid sehingga keputusan PRU13 diumumkan.
Di pihak Barisan Nasional (BN) pula, kegagalan PR menamakan senarai Kabinet bayangan mereka seolah-olah menunjukkan berlaku pergolakan dalaman di antara ketiga-tiga parti tersebut bagi menentukan siapa yang layak menduduki kerusi-kerusi tertentu di Putrajaya nanti.
Semalam, Ahli Parlimen Padang Besar dari Umno, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, Pakatan berhasrat mengaburi mata rakyat dengan mengelak bersabit isu berkenaan.
“Bila tidak berani kemukakan ahli, mereka alihkan isu dan perhatian rakyat, sedangkan isu kepimpinan BN tidak mempunyai masalah.
“PR seharusnya tunjukkan siapa ahli yang layak menjadi pemimpin Kabinet kerana perkara ini yang rakyat mahukan,” ujar beliau.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam berkata, Pakatan tidak mempunyai barisan Kabinet bayangan namun “bayangan menteri adalah.”
Ujarnya, sistem politik di Malaysia tidak memerlukan senarai Kabinet bayangan seperti di United Kingdom (UK) dan Australia yang mana mereka menerima bayaran kerana jawatan rasmi mereka.
“Apa yang penting bukan pangkat dan kedudukan tetapi kebajikan rakyat yang diperjuangkan,” katanya.
Beliau kemudian mencabar BN mengemukakan senarai Kabinet bayangan mereka di negeri-negeri yang ditadbir PR.
Bagaimanapun pendirian Azizah itu disangkal Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyifatkan pembangkang seharusnya maklum fungsi Kabinet bayangan ini diwujudkan dalam membantu memajukan proses demokrasi untuk membangunkan negara.
Bahkan katanya, ia sudah menjadi amalan di negara-negara maju seperti di Kanada.
“Saya menghormati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan yakin beliau faham kepentingan Kabinet bayangan,” katanya.
Sejak sekian lama, senarai Kabinet bayangan Pakatan Rakyat menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat yang menantikan corak kepimpinan bagaimana yang akan dibawa oleh pembangkang sekiranya menawan Putrajaya selepas PRU13.
Meskipun nama-nama tertentu seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang misalnya antara yang disebut-sebut bakal mewarnai Kabinet Pakatan Rakyat, namun ia masih menjadi teka-teki yang berterusan apabila PR kelihatan tidak sepakat dan berebut jawatan penting dalam kerajaan.
Pertelingkahan dan rasa tidak puas hati di antara ketiga-tiga parti ini jelas memperlihatkan “perkahwinan” Pas, PKR dan DAP hanya pada zahirnya sahaja.
Pas dan DAP nyata berang apabila PKR menyatakan mereka sudah menyenaraikan 20 pimpinan kanan parti itu yang berpotensi menduduki jawatan menteri dan timbalan menteri.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali antaranya yang memberi amaran kepada pimpinan PKR supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat peribadi yang tidak pernah dibincangkan di peringkat tertinggi PR.
Penganalisis politik, Datuk Chamil Wariya ketika dihubungi Sinar Harian Online pula sebaliknya menyifatkan pimpinan PR hanya berangan-angan untuk menduduki jawatan menteri .
Bahkan katanya, PR juga hanya bermimpi untuk menang PRU13 yang dikatakan akan diadakan tahun depan.
“Mereka memang susah hendak menang. Dengan masalah hudud, krisis dalaman dan sebagainya,” ujar beliau.
Mengulas mengenai Kabinet bayangan PR, Chamil berkata, beliau yakin pembangkang sudah mempunyai senarai tersebut, namun memilih untuk merahsiakannya sebagai strategi di samping masih berlaku pertikaian sesama mereka bersabit jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.
“Tentu mereka sudah ada. Mereka cuma tidak ada kata sepakat. Namun apa yang penting sekarang ialah mereka harus menang dahulu PRU, baru boleh tentukan,” kata Chamil.
“Ada atau tidak ada (Kabinet bayangan), ia tidak penting, pembangkang harus buktikan dahulu keseriusan mereka untuk mentadbir negara,” tambah beliau.
Menurut Chamil lagi, Pakatan mungkin juga mahu bersikap realisitik kerana sasaran mereka untuk menakluk Putrajaya masih jauh.

0 orang berkata:
Post a Comment