MB anggap sebar video cerita lucu
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenyataan Azmin Ali bahawa beliau mungkin tidak lagi memegang jawatan itu jika Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pendirian peribadi Timbalan Presiden PKR itu sendiri.

Dipetik Bernama, kata Khalid, kenyataan itu bukanlah dibuat secara bersama membabitkan PKR, DAP dan Pas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini, sebagai mengulas kenyataan Azmin baru-baru ini yang membayangkan kemungkinan Abdul Khalid tidak lagi kekal Menteri Besar Selangor walaupun pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.