Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LANTAK LA, TERUSKAN, UNDILAH BN !

Abd Rahim: Pelaksanaan AES di 831 lokasi seleuruh negara diteruskan

17 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) di 831 lokasi seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri.

Beliau berkata langkah itu diteruskan kerana kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.


"Pada masa ini kadar purata adalah 19 kematian sehari atau purata 448,000 kemalangan setahun dan kos sosial yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah tidak kurang RM 9 bilion setahun, maka jika tidak ada langkah drastik maka kita takut ianya akan menjadi serius," katanya. 


Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, di sini hari ini. 


Sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 Sept lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara. 


Abd Rahim menegaskan pelaksanaan AES melalui kajian terperinci dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). 


Beliau turut menekankan inisiatif itu dipraktik dan terbukti berjaya di 92 negara. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.