Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NI MESTI ADA MASTER MINE NI !

Jangan Salahkan Shahnon

Begini saja la, jika orang UMNO tak suka PAS bergabong dengan DAP ok tak pe, layan ! tapi orang PAS juga tak suka UMNO berkawan dengan MCA dan GERAKAN, boleh selesaikan isu ni ?  Pak Karamu ada peristiwa pada 13 May semasa didalam tentera dulu, siapa diantara kaum cina yang jahat, hi hi hi, mengkeme jangan main api ye !  Pak Karamu

 
SENGGANG MALAM                                                                                                                     

Hendaknya semua pihak khasnya di dalam Pas mendengar dan menghayati sedalam-dalamnya pandangan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad berhubungan dengan beberapa isu yang cuba dibangkitkan oleh media PB yang cuba memerangkap Shahnon agar membuat kenyataan memburuk-burukkan Pas sebaliknya mengherokan Umno.
Shahnon Ahmad
Mengenai isu perpaduan beliau kesal kenapa Umno dan Pas tidak boleh bersatu sedangkan kedua-dua parti itu memperjuangkan Islam. Dia gembira kalau Umno dapat bergabung dengan Pas. Dalam interviu itu wartawan media PB cuba membentuk pemikiran Shahnon agar menyalahkan Pas berbaik dengan bukan Islam terutamanya DAP.

Kata Shahnon Rasulullah pun di zamannya dulu, baginda berbaik dengan orang kafir dan Yahudi. Pandangan itu bukan bermakna beliau menyalahkan Pas apabila parti itu berbaik dengan DAP. Cuma apa yang beliau harapkan Pas perlu memimpin dengan berdiri di atas kaki sendiri. Pandangan penulis novel Shit itu mungkin boleh diterima sebagai ia satu pandangan sihat sekiranya realiti politik negara ini tidak seperti hari ini.

Di dalam kenyataan Shahnon yang disiarkan di tv itu tidak perlu dipertikaikan oleh sesiapa dan harus menerima apa yang diucapkan itu sebagai satu nasihat dan sebagai pandangan dari seorang tua yang berimaginasi untuk perpaduan dan kesejahtraan kaumnya di hujung rahsia dan sudah kehabisan tenaga tanpa melihat kepada realiti semasa.

Mengenai pertanyaan ikhlas dan jujur Shahnon kepada Anwar, apakah bekas timbalan perdana menteri benar melakukan liwat, ia cuba hendak dieksploitasikan oleh media PB untuk memburukkan Anwar. Apabila Shahnon mengatakan Anwar menangis ketika beliau bertanyan hal itu, tagisan Anwar itu bukan boleh disimpulkan beliau melakukan liwat tetapi boleh jadi terlalu sedih kerana tuduhan yang amat busuk itu.

Kepada semua pemimpin usah pedulikan atau memberi apa-apa reaksi terhadap kenaytaan Shahnon itu. Beliau juga mungkin sedia mengadaikan masa tidurnya untuk diinterviu oleh meida PB kerana kurang acap pemimpin dan penyokong Pas mengunjunginya di kediamannya. Orang tua seperti beliau yang pernah hidup menjulang rasa dan perasaan akan merasa sepi kalau tidak diajak berbual dan bercakap-cakap mengenai musim silam. [wm.kl.8:50 pm 09/10/12]

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.