23/10/12
Menteri Agama, Mufti ‘bisu’ Soi Lek serang Islam
Islam sekali lagi dihina dan diperlekehkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri
Chua Soi Lek berkenaan pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia.
Soi Lek yang secara berani mengutuk pelaksanaan Hudud di Malaysia dengan
mengatakan 1.2juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya
hudud dilaksanakan.Dalam kenyataan lain, Soi Lek juga mendakwa negara
yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara yang paling
korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Persoalannya sekarang, di mana suara mereka yang berautoriti dalam
institusi agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom?
Adakah penghinaan sekeji ini terhadap agama Islam masih lagi mengulik
mimpi pihak penguasa yang sepatutnya menjadi benteng barisan hadapan?
Satu penegasan dan tindakan mesti dilakukan sebagaimana keseriusan yang
dilakukan oleh Jakim terhadap gejala kerosakan aqidah umat Islam. Hudud
yang datangnya daripada Allah SWT mengatasi ideologi serta logik akal
pemikiran manusia.
Justeru, penegasan tindakan yang sama mesti dilakukan Jakim khususnya
Datuk Seri Jamil Khir terhadap perbuatan merosakkan aqidah umat Islam
serta pemahaman orang bukan Islam terhadap hudud tanpa sebarang pengaruh
parti politik.Amat sedih juga buat umat Islam, apabila para mufti turut
menutup mulut terhadap penghinaan ini. Malaysia dengan komposisi mufti
di setiap negeri dan antara mufti teramai di dunia, tidak mampu
memanfaatkan tanggungjawab yang diamanahkan.
Bukanlah bertujuan menghina para mufti yang bertaraf ulama serta
disanjungi masyarakat, akan tetapi inilah isi hati betapa suara
berpengaruh mufti itu perlu diterjemahkan kelapangan masyarakat yang
teraba-raba mencari kebenaran.Persoalan undang-undang jenayah Islam yang
menjadi kewajipan terhadap umat Islam untuk dilaksanakan mestilah
menjadi tanggungjawab pemerintah serta mereka yang diberikan autoriti
besar dalam negara untuk berusaha ke arah itu.
Di samping kita berusaha memahamkan masyarakat Islam terhadap
Undang-undang Islam, jangan kita membutakan mata terhadap tentangan yang
dilakukan oleh Musuh Allah swt yg berniat jahat terhadap Islam.Justeru,
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyerus semua pihak, ahli
politik, ahli akademik, NGO dan juga individu menjadi agen penerangan
soal keindahan undang-undang Islam.
Pihak kerajaan Barisan Nasional perlu menggunakan jentera media kerajaan
untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa undang-undang Islam tidak
zalim malah menjamin hak asasi manusia.
Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)
0 orang berkata:
Post a Comment