TUHAN BAGI TAHU KEPADA MANUSIA SECARA JELAS "BERPEGANG TEGUHLAH KAMU KEPADA TALI ALLAH, JANGAN KAMU BERPECAH BELAH" (BERCERAI BERAI) WALA TAFARRAQU ! (JANGAN BERPECAH BELAH) AKHIRNYA TAFARRAQU ! (BERPECAH BELAH) SALAH SIAPA ? PANDANGAN ALLAH ADALAH MUKTAMAD, JIKA TAK MAHU SALAHKAN SESIAPAPUN TAK PE, TAPI YANG JELAS PERPECAHAN SESUATU KAUM ITU ADALAH DISEBABKAN DASAR - Pak Karamu
22 Oktober, 2012
Umno Kantoi!! Sebenarnya Melayu Tak Berpecah.. Ini Buktinya
ANALISIS - Isu perpecahan di kalangan kaum Melayu sebenarnya bukan
baru.Ia menjadi bahan perbualan hangat sejak selepas Pilihan Raya Umum
2008. Lebih-lebih ia sendiri pernah dibangkitkan oleh bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Lipatan laporan media sepanjang tiga
tahun lalu membuktikan perkara ini.Hujung minggu lalu, Dr Mahathir,
bekas Presiden Umno dan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN), menafikan
beliau sebagai punca perpecahan orang Melayu.
Malah kata beliau, tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal September 1998 bukan punca perpecahan.Mengulas perkara itu, penganalisis-penganalisis yang dihubungi Sinar Harian Online juga berpandangan sedemikian.Sebaliknya penganalisis menekankan ideologi yang berlainan di kalangan kaum Melayu adalah asas puncanya.Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, tidak wajar menuding jari ke arah Perdana Menteri keempat itu sebagai punca perpecahan di kalangan Melayu.
Malah kata beliau, tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal September 1998 bukan punca perpecahan.Mengulas perkara itu, penganalisis-penganalisis yang dihubungi Sinar Harian Online juga berpandangan sedemikian.Sebaliknya penganalisis menekankan ideologi yang berlainan di kalangan kaum Melayu adalah asas puncanya.Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, tidak wajar menuding jari ke arah Perdana Menteri keempat itu sebagai punca perpecahan di kalangan Melayu.
Ini
kerana kata beliau, sejak dulu lagi sememangnya Melayu ini hidup dalam
kelompok berpuak-puak."Bukan kerana Tun Mahathir pecat Anwar Melayu jadi
berpecah-belah, sebaliknya sikap orang Melayu sendiri yang menjadi
punca.
"Kalau kita lihat terlalu ramai golongan yang terlalu ekstrem
berpolitik, ahli Umno ekstrem dengan Umno, ahli Pas ekstrem dengan Pas
termasuk juga penyokong parti lain," katanya."Jadi dapat saya lihat di
sini, budaya politik yang terlalu ekstrem ini menjadi punca utama tetapi
ia bukan dipanggil perpecahan Melayu, sebaliknya konflik politik di
kalangan Melayu," ulas beliau.Tambahnya, golongan yang ekstrem politik
ini bukan sesuatu yang baru kerana ia wujud sejak dulu lagi.
"Jangan kita
panggil Melayu berpecah disebabkan Tun Mahathir, andaian ini kurang
tepat," katanya.Tambah beliau, "masyarakat negara ini harus mencari
'unity in diversity', bukan kesatuan dalam persamaan," katanya.Dr
Mahathir, Presiden Umno kelima, melepaskan jawatan Perdana Menteri dan
jawatan parti itu selepas 22 tahun.
Beliau menggantikan Tun Hussein Onn
dan pada Oktober 2003, Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikannya.Seorang
lagi penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Prof Dr
Jayum Jawan turut berpendapat tidak ada gunanya bagi kita menuding jari
ke atas Dr Mahathir."Adalah sesuatu yang tidak tepat bagi kita menuding
jari kerana dunia kini sudah berubah dan masyarakat kini sudah semakin
bijak bagi menerima polemik politik negara,
" katanya.Beliau turut
menolak yang Melayu kini sudah berpecah kerana dari pemerhatian, terlalu
banyak pendedahan politik yang diterima masyarakat kini menyebabkan
mereka selesa.
"Rakyat kini bukan melihat parti politik lagi bagi
bergantung harap tetapi mereka semakin bijak melihat saluran yang
ditawarkan oleh parti politik ini," katanya.Berbanding sebelum ini,
orang Melayu yang sudah masak dengan politik domestik sudah ada banyak
pilihan – bagi menentukan parti yang sesuai dans selari dengan cita rasa
ideologi mereka.Sehubungan itu beliau menarik perhatian bahawa Dr
Mahathir memberi banyak perubahan besar kepada negara dan ini tidak
menjadi isu, malah menjadi satu kebanggaan negara.
"Memang Tun Mahathir
yang patut bertanggungjawab dalam pemikiran Melayu kini kerana beliau
yang membawa kepada perubahan pemikiran masyarakat, bukan punca Melayu
berpecah," ujarnya.Isu perpecahan di kalangan masyarakat Melayu tidak
seharusnya timbul kerana kita semua sedia maklum Melayu juga yang
melengkapi dalam semua parti-parti politik negara ini.
"Melayu memang
terbahagi kepada dua jika dikira dalam politik, ada yang lebih menjurus
kepada Umno, ada yang menjurus kepada Pas, tetapi diri sendiri yang
harus bijak menilai mana baik, mana buruk," katanya.
Sementara Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) menjelang tiba, Jayum menambah, rakyat kini
menilai parti politik yang mampu menawarkan pakej lebih baik dan calon
mereka yang akan dipilih bagi memimpin negara.Semasa dianjukan soalan
yang ini, BN yang memerintah sejak negara merdeka mempertahankan Dr
Mahathir dalam isu memecat Anwar.
Ketika itu Anwar merupakan Timbalan
Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Malah menyandang jawatan
Menteri Kewangan.Kini Anwar mengetuai Pakatan Rakyat dan bertindak
sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad
Maslan percaya Dr Mahathir memecat bekas timbalannya atas sebab yang
munasabah dan oleh itu, tidak adil mendakwa mantan perdana menteri itu
menjadi punca perpecahan Melayu.
"Anwar sendiri memberi imej negatif
kepada masyarakat Melayu, sebab sikap peribadi beliau ini sebenarnya
yang membawa kepada perpecahan," katanya kepada Sinar Harian
Online."Tidak sepatutnya Melayu berpecah disebabkan Anwar dipecat satu
ketika dulu, ia tidak masuk akal," tegasnya.
Beliau menambah, Anwar
sengaja meminta simpati rakyat seakan-akan beliau dizalimi sedangkan ia
berpunca dari kes peribadinya sendiri yang rakyat negara ini mampu
menilai sendiri sejauh mana kebenarannya.
"Kita juga perlu lihat
bagaimana Melayu terlalu yakin dengan Pas yang kononnya mahu
memperjuangkan Islam sebaliknya moto mereka kini seakan-akan sudah
bertukar kepada negara berkebajikan yang sudah lama Umno laksanakan,"
kata wakil rakyat ini.Parti komponen BN, MIC turut berpendapat yang
pemecatan Anwar bukan menjadi punca utama Melayu negara ini
berpecah.
"Tindakan beliau ketika itu betul dan beliau hanya
mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri dan mahu berlaku
adil terhadap timbalannya," kata Setiausaha Agungnya, Datuk S.
Murugessan.Menurutnya lagi, keadaan teknologi kini yang semakin
berkembang juga menyebabkan banyak berlaku fitnah dan semakin banyak
ruang bagi mereka yang tidak bertanggungjawab memberi pandangan paribadi
masing-masing.
"Sangat tidak adil jika tuduh bekas pemimpin negara
sebegitu rupa, kita perlu ingat perjuangan beliau dalam membangunkan
negara," ujarnya.Beliau menambah, berbeza pandangan di kalangan
masyarakat Melayu tidak seharusnya menjadi punca kepada perpecahan.
"Saya
tidak setuju jika Tun Mahathir dituduh begitu, ia sangat tidak adil,"
tegasnya.Jika berundur, lipatan sejarah menunjukkan bahawa polemik
mengenai perpecahan di kalangan Melayu sudah wujud lama.
Malah ia
menjadi bahan perbualan sejak Tun Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai
Timbalan Perdana Menteri dan disusuli dengan pertandingan sengit
pemilihan jawatan Majlis Tertinggi Umno pada 1987.Sepanjang lima dekad
ini, isu ini menjadi fokus utama selepas Pilihan Raya Umum 2008.
0 orang berkata:
Post a Comment