Bahasa
Bukan Melayu juga mempunyai hak istimewa, kata Dr M
Oleh Syed Jaymal Zahiid
March 14, 2013
KUALA
LUMPUR, 14 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad berhujah hari ini rungutan
bukan Melayu mengenai diskriminasi berpunca daripada dasar-dasar yang
memihak kepada Melayu adalah tidak berasas oleh kerana kumpulan minoriti
di negara ini juga menikmati hak istimewa termasuk kebebasan untuk
bercakap bahasa ibunda mereka dan mengamalkan agama mereka sendiri. March 14, 2013
"Semua kaum mempunyai hak istimewa mereka masing-masing," kata
perdana menteri paling lama berkhidmat dalam satu forum di Universiti
Malaya (UM), apabila diminta untuk memberi komen tentang tuntutan
pembangkang untuk "Malaysia untuk rakyat Malaysia" dibawa oleh parti
sebelum DAP, Parti Tindakan Rakyat (PAP), pada tahun 1964.
Dr Mahathir (gambar) mengatakan, sementara etnik majoriti negara ini menikmati kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan, undang-undang sama menjamin hak jati diri minoriti melalui kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing, bahasa dan pendidikan bahasa ibunda.
Dr Mahathir menambah, hanya di Malaysia identiti minoriti mengikut negara asal seperti "Cina Malaysia" dan "India Malaysia", fenomena yang memberikan refleksi hak kebebasan dinikmati oleh bukan Melayu.
"Idea ini tidak diamalkan di mana-mana. Di Indonesia orang Cina tidak memanggil diri mereka Cina Indonesia, mereka menggelar diri mereka rakyat Indonesia dan bercakap bahasa Indonesia.
"Disini, kita bersetuju untuk mempertahankan hak mereka," kata Dr Mahathir.
MENYUSUL LAGI

1 orang berkata:
cina m'sia = malaysian chinese beza besaq dgn chinese malaysian spt chinese american, african american & sbgnya.
Post a Comment