Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/demo%20memo%20R1.jpgKUALA TERENGGANU - Lebih 1,000 orang aktivis dan penyokong Sekretariat Royalti Terengganu (R) yang menuntut Royalti Petroleum dikembalikan ke pangkuan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu berhimpun di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri Wisma Darul Iman, hari ini, Rabu 20 Mac.

Turut hadir dalam himpunan tersebut adalah Penaung 'R' Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Pengerusi Amanah Terengganu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah, seluruh Jawatankuasa Sekretariat 'R' dan wakil-wakil NGO.

Memorandum rakyat menuntut supaya royalti dikembalikan kepada rakyat Terengganu telah diserahkan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah diiringi oleh  Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah. [Lihat Video]

Berikut adalah salinan Memorandum Rakyat tersebut;

Sekretariat Royalti Terengganu (R) yang terdiri dari gabungan NGO-NGO di Negeri Terengganu dengan ini ingin melahirkan perasaan dan pendirian teramat :

1.Dukacita di atas penarikan balik saman Kerajaan Negeri Terengganu terhadap Petronas pada 21 Mac 2012 yang lalu sedangkan sehingga hari ini tuntutan royalti petroleum belum ditunaikan.

2.Kecewa terhadap kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu yang mengkhianati harapan rakyat bagi memastikan Royalti petroleum dipulangkan kembali seterusnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Terengganu sepertimana yang dijanjikan Dato’ Seri pada 11 Mac 2011.

3.Terkejut, bagaimana Saman Royalti yang diluluskan di dalam Dewan Undangan yang mulia, ditarik balik tanpa melalui Dewan Undangan yang mulia.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/demo%20memao%20R1.pngSehubungan itu, bagi memastikan Kerajaan Negeri Terengganu kekal mendapat hak, memelihara maruah dan menjaga kedaulatan Negeri Terengganu Darul Iman, R mendesak:

1.Kerajaan Negeri Terengganu memfailkan kembali saman bagi menuntut royalti petroleum. R menyatakan komitmen akan bersama YB Dato’ Seri MB dalam memperjuangkan isu Royalti ini tanpa berbelah bagi.

2.Tidak menerima sebarang  ”istilah lain” bagi menggantikan ’royalti’ kerana lain-lain istilah-istilah tersebut akan membawa maksud yang tidak tepat serta merendahkan ” Hak, Maruah dan Kedaulatan Rakyat ” Negeri Terengganu sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian petroleum 1974. egagalan menyerahkan Royalti kepada rakyat dan Negeri Terengganu adalah satu pencabulan semangat federalisme (hubungan Federal dan negeri)

3.Menuntut Royalti Petroleum dinaikkan kepada 20 %. Untuk makluman Dato’ Seri, Aceh menerima Royalti dari kerajaan Indonesia sebanyak antara 30-70%.

4.Mendesak Perhubungan UMNO Negeri Terengganu menarik balik secara keseluruhan (en-bloc retraction) pada Usul Menghentikan Royalti Petroleum kepada Kerajaan Terengganu dalam Ucapan Perbahasan  Perhimpunan Agung UMNO tahun 2000 yang menjurus  kepada penamatan bayaran Royalti Petroleum kepada Kerajaan Terengganu pada tahun yang sama dan digantikan dengan PPWE (Program Pembiayaan Wang Ehsan) pada 27 Oktober 2000.

Dato’ Seri,

“ Setiap kamu adalah Pemimpin dan setiap Pemimpin akan ditanya akan kepimpinannya “ – Hadis Riwayat Bukhori.

Menginsafi marhum Hadis di atas, sukalah kami R memperingatkan bersama akan maksud hadis di atas. Hidup lawannya mati dan ajal maut semuanya di tentukan ALLAH. Sebagai Menteri Besar Terengganu, R yakin Dato’ Seri akan ditanya ALLAH kelak akan kepimpinan Dato’ Seri. Semoga Dato’ Seri tidak menjadi golongan yang menyesal diakhirat kelak disebabkan pengkhianatan Datuk Seri menarik balik saman Royalti terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat. 

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/demo%20memo%20R2.jpgDato’ Seri,

Pepatah Melayu ada menyatakan, “Lembu dipegang pada tali, manusia diikat dengan janji”.

Berdasar kepada janji Datuk Seri pada 11 Mac 2011, akan memastikan Royalti dikembalikan ke Negeri Terengganu,  R yakin “ SELURUH RAKYAT TERENGGANU” akan bergembira, bersyukur dan berterima kasih kepada Dato’ Seri sekiranya semasa di bawah kepimpinan Dato’ Seri, Royalti dikembalikan kepada yang empunya hak iaitu “Rakyat Terengganu”, paling tidak “ Tidak mengkhianati Saman Royalti” dengan menyerahkan “Hak, Maruah & Kedaulatan” negeri Terengganu kepada Kerajaan Pusat iaitu dengan menarik kembali saman yang telah dibuat.

Sebaliknya R khuatir sekiranya tidak, “SELURUH RAKYAT TERENGGANU” akan mencela dan mendoakan kecelakaan kepada Dato’ Seri kerana kegagalan kepimpinan Dato’ Seri memperjuangkan “ Hak, Maruah dan Kedaulatan negeri Terengganu. Dan ingatlah azab ALLAH teramatlah pedih di akhirat nanti.

Dato’ Seri,

Sebagai seorang anak Terengganu, pemimpin tertinggi Terengganu(MB), biarlah Sejarah mencatatkan Dato’ Seri sebagai seorang “ Pejuang Royalti Rakyat “ dan bukannya sebagai “Pengkhianat Royalti Rakyat “. Sejarah bermula pada hari ini, jangan nanti anak cucu kita malu berdepan dengan massa kerana sejarah yang dicipta hari ini, yang dicipta Dato’ Seri sendiri.

Sekian, wassalam.

“ KEMBALIKAN HAK, MARUAH DAN KEDAULATAN RAKYAT TERENGGANU”

Yang benar,

MOHAMAD FAUZI ABU SAMAH
PENGERUSI
SEKRETARIAT ROYALTI TERENGGANU ( R )
TERENGGANU DARUL IMAN.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.