Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Penganalis: Langkah beberapa ketua komponen BN tidak tanding wajar
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
22 Mac 2013
pru13 terbaru
.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mengambil langkah tepat apabila beberapa ketua komponen perikatan itu dikatakan memutuskan untuk tidak bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penganalisis politik, Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, teknik kombinasi, muka baru dan kepimpinan sedia ada yang masih mendapat sokongan rakyat sememangnya dinanti oleh pengundi masa kini. 


"Ia kombinasi sebenarnya. Calon muda yang dipilih mungkin memenuhi kehendak sentimen umum, calon muda dan calon boleh menang.


"Orang lama dalam parti, sudah tentu ada yang hendak nama mereka dicalonkan. Jika tidak dicalonkan, mungkin sokongan tenaga kerja jentera dalam parti akan merosot. Inilah sebenarnya harus diimbangi oleh parti-parti komponen ini," katanya kepada Sinar Harian Online. 


Shamsul diminta mengulas perkembangan semasa bahawa BN mungkin tidak diwakili nama-nama besar dalam arena politik seperti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Koh Tsu Koon dalam pilihan raya akan datang. 


Menurut Shamsul, jika pemimpin ini tidak dicalonkan, ia tidak akan menimbulkan sebarang tindak balas seperti sabotaj dan sebagainya. 


Ia memandangkan, dalam parti komponen, presiden masing-masing yang akan membuat keputusan senarai calon dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hematnya tidak ada masalah untuk bersetuju dengan cadangan berkenaan. 


"Pada saya Perdana Menteri tak akan ada halangan dan menyokong (jika presiden tak mahu tanding)," ujar beliau sambil menambah, masalah ini mungkin ada di peringkat calon parti yang lain. 


Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, ia keputusan "sangat baik" bagi BN. 


Jelasnya, kepimpinan lama ini perlu  faham dan beri ruang kepada pemimpin muda dan baru ini mempersiapkan diri mereka sebagai pewaris kepimpinan pada masa hadapan. 


"Mereka ini harus ada pengalaman dahulu. Yang baru ini juga kena tolak ansur. 


"Jangan hendak cepat naik sehingga cuba singkirkan yang lama. Kena sabar, timba pengalaman dulu," ujar Mohamed Mustafa.


"Sama-sama kena fahamlah baru ada keharmonian," tambah beliau.


Seorang lagi pemerhati politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, kemungkinan pengguguran beberapa pemimpin lama dalam "perang" paling sengit ini sudah dinyatakan lebih awal. 


Oleh itu katanya, sepatutnya mereka sudah maklum mungkin nama mereka antara yang akan disingkirkan itu. 


"Mungkin ada juga yang tidak puas hati tapi akhirnya dia terpaksa menerima keadaan itu terutama sekali pemimpin parti. 


"Mereka pun sedar. Nama-nama seperti yang disebut tadi, mereka pun ada masalah," ujar Zainal.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.